Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Mon, 07 July 2008 | [|] atau []





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- About Us
- EMAIL AGENDADAILY
- Berita Utama
- Menarik Minggu ini
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Ruhanie Ahmad -Kuda Kepang
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Gebang Aziz Desa
- Raihan - Aku Punya Suka
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Dunia - Ibrahim Yahaya
- Reme Ahmad
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- Cari Arkib









DEBAT ANWAR VS SHABERY 'ON'

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad malam umum dalam ucapannya di depan 30,000 orang di Stadium Kelana Jaya beliau sedia sertai debat anjuran Agendadaily dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Katanya pada Himpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga minyak, kalau boleh beliau nak berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau dengan setengah kabinet sekali pun tak apa.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' yang dicadang disiarkan secara live di televisyen itu akan diadakan pada malam 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka,KL.Ahmad Shabrey sebelum ini telah menyatakan persetujuannya untuk berdepan dengan Anwar dalam debat itu.Ini adalah kali pertama debat sesuatu isu negara antara dua tokoh pembangkang dan kerajaan akan disiarkan secara langsung di televisyen. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT - LAIN-LAIN BERITA MENGENAI DEBAT INI LIHAT DI BLOK BAWAH LAMAN INI. 6/7/2008


--------------------

Komen Anwar mengenai sumpah junjung Al Quran

Datuk Seri Anwar Ibrahim kata di himpunan Protes di Stadium Kelana Jaya Ahad malam beliau sedia sumpah junjung Al Quran soal dakwaan liwat jika ia diatur oleh para ulamak yang berwibawa.Apapun katanya dalam hal ini beliau berpegang kepada pandangan Mufti Perak Datuk Harusani Zakaria yang kata beliau tak perlu bersumpah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.Ikut pandangan Harussani dakwaan Saiful Azlan terhadap Anwar adalah dakwaan jenayah.Menurut Harussani kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud.Cadangan sumpah ini asalnya dibuat oleh Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT . 6/7/2008

------------------

Perdana Menteri janji negara akan terus aman dan selamat

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan memastikan Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan selamat walaupun negara kini dipengaruhi oleh persepsi yang tidak baik kepada negara dan kerajaan."Kerajaan mahu memastikan suatu suasana di mana rakyat tidak perlu bimbang atau takut dan mereka berupaya memberikan tumpuan kepada isu utama bagi memastikan mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan syarikat atau organisasi yang mereka wakili," kata Perdana Menteri.Ketika mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan oleh sesetengah pihak serta perkembangan politik terkini, Abdullah memberitahu Bernama di Putrajaya Ahad bahawa beliau tidak senang hati dengan apa yang berlaku sekarang.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 6/7/2008

------------------

Awas Anwar: Dr Mahathir tak mudah lupa…

Some say let bygone be bygone. As good Muslims we should forget and forgive. It is easy to say this if you are not the subject of Anwar's plotting and vengeance. Itu pembuka kata tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya www.chedet.com. Dua kali berturut-turut bekas Perdana Menteri ini tulis pasal Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kehangatan kes dakwaan liwat terhadapnya dan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi surat akuan bersumpah P Balasubramanian yang kemudiannya ditarik balik.Bagi Dr Mahathir seluruh hu ha drama politik pertaruhan besar yang dipertontonkan kini kepada ramai adalah hasil komplot oleh Anwar. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-6/7/2008

----------------------


Tanpa kuota saya menang...Ku Li

"Saya tengok selepas 62 UMNO ditubuh dan 50 tahun kita merdeka, Melayu masih tak maju ke tahap yang kita harap dan cita-citakan . Jadi berapa puluh tahun, berapa ratus tahun lagi nak tunggu. Nak tengok kejayaan Melayu sebenarnya, Kita asyik ulang dan main lagu lama je .Jadi saya, saya rasa dah berusia lanjut, tak tergamak, tak sanggup nak lihat …kerana orang lain lebih maju daripada kita sedangkan kita yang usaha memerdekakan negara kita".BEGITULAH ANTARA KATA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH DALAM INTERBIU DENGAN AGENDADAILY. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 6/7/2008

--------------------




Suasana di himpunan Protes Sejuta Rakyat...insiden penyanyi rock cetuskan kemarahan

Sekitar 30,000 orang berhimpun hadir pada acara kemuncak Himpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Protes di Stadium Kelana Jaya Ahad malam.Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berucap ialah orang kuat DAP,Lim Kit Siang.Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS Nasruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan akan hadir pada acara itu tidak hadir.Suasana di himpunan yang dinaungi oleh parti-parti pembangkang dan beberapa NGO untuk membantah kenaikan harga minyak itu adalah seperti karnival Jom Heboh. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 6/7/2008

------------------------

Allah akan tentukan kebenarannya - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya."Allah yang akan menentukan yang benar, Allah yang akan membalas di Akhirat, silap-silap di dunia pun dah dapat balasannya nanti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Berkelompok Tahunan Umno bahagian Pekan,Sabtu."Saya tidak gentar, tidak takut untuk hadapi fitnah, kebenaran akan terbukti, saya dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) akan hadapi segala-galanya dan yakin kebenaran akan timbul," katanya.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT . 5/7/2008

------------------------------



Di mana Balasubramanian…?


P.Balasubramaniam sudah masok kategori orang hilang.Bukan dia saja tetapi begitu juga dengan isteri dan tiga anaknya.Gambar diatas menunjukkan kali terakhir Bala dilihat semasa berjalan keluar dari sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi Jumaat bersama peguamnya lepas tarik balik akaun bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibu.Gambar disebelahnya ialah anak saudara Balasubramaniam, R. Kumaresan, 27, membuat laporan polis mengenai kehilangan bapa saudara dan keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ,Kuala Lumpur pada pukul 5 petang.Kini bukan saja saudara maranya tetapi juga polis juga turut mencarinya.Rumah Bala di Rawang didapati kosong dan dan jirannya memberitahu mereka kelihatan keluar secara tergesa-gesa dengan sebuah kereta pagi Jumaat. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 5/7/2008

------------------------------

Misteri akuan bersumpah Balasubramaniam

Semua orang terkejut bila mendapat khabar P.Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya pagi Jumaat.Reaksinya memang sudah diduga – kata orang budak darjah satu tak perlu fikir panjang untuk mendakwa dia dipaksa dan satu lagi babak konspirasi menjelma.Di satu segi lain lojiknya mana mungkin kerajaan mahu membuka diri pada andaian popular itu lagi ketika ini.
Misteri memang misteri apa lagi penyiasat persendirian yang pernah berkhidmat untuk Abdul Razak Baginda terus menghilang diri lepas menghadiri sidang akhbar ringkas di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Soalan terbesar sekarang apakah yang mendorong Balasubramanian buat U-turn selepas menarik perhatian satu negara hadir dalam sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk umum dakwaan dalam akuan sumpahnya yang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sifatkan ‘pembohongan dashyat.’- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.- 4/7/2008


--------------------------

Anwar terjerat…keraguan memuncak dalam Pakatan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat sekarang berada dalam krisis keyakinan yang paling runcing sejak kemenangan gemilangnya dalam pilihanraya 8 Mac lalu.Ikut ceritanya angin sudah bertiup bahawa krisis ini membawa kemungkinan keadaan yang terbalik kot .Kalau sebelum ini heboh cerita pasal adanya Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak lompat ke pembangkang kini jangan terkejut kalau terdengar ada Ahli Parlimen PKR yang menghitung hari nak paling tadah.Ini adalah berikutan aduan liwat kepada polis yang dibuat terhadap pemimpin tertinggi mereka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga penafian yang dibuat oleh penyiasat bersendirian P.Balasubramaniam terhadap akuan bersumpahnya yang mengandungi berbagai tuduhan dahsyat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 4/7/2008

--------------------------


Tiada maklumat daripada risikan tentera berhubung ancaman bunuh Anwar

Perisikan tentera menafikan memberi sebarang maklumat kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wujudnya ancaman bunuh terhadap Anwar dan anggota keluarganya.Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail turut menafikan wujudnya laporan perisikan tentera berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa oleh pengendali blog Raja Petra Kamaruddin yang terkandung dalam Akuan Bersumpahnya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Jun."Kenyataan Anwar berhubung perisikan tentera yang memberi amaran tentang keselamatan beliau adalah tidak benar.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 4/7/2008

--------------------------


Nik Aziz sokong sumpah junjung Al-Quran

Idea meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk tentukan kebenaran dakwaan liwat semakin mendapat sambutan.Hari ini Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong cadangan yang asalnya dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada para wartawan di Kota Bharu.Sementara itu Pengerusi Putera UMNO Datuk Azeez Rahim juga cabar Anwar bersumpah di Masjid Negara - 4/7/2008


---------------------------

Anwar 'bermain api' nak selamat diri

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan ‘bermain dengan api’ apabila sanggup menggunakan apa juga cara demi untuk menyelamatkan dirinya. Beliau disifatkan begitu oleh Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar ketika mengulas perkembangan terbaru isu-isu yang melibatkan Anwar sejak beberapa hari kebelakangan ini. Dalam kenyataanya kepada Agendadaily hari Jumaat, Razali berkata, bukti Anwar bermain dengan api ialah pabila sanggup menggunakan akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini telah ditarik balik, membuat kenyataan yang bercanggah dan kelihatan amat bersungguh-sungguh inginkan campur tangan asing dalam pentadbiran negara. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 4/7/2008


Petisyen mohon batalkan kemenangan Rafidah dan Raja Ahmad Zainuddin ditolak

Mahkamah Tinggi Ipoh hari Jumaat menolak petisyen untuk membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar dan Datuk Seri Rafidah Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Dengan keputusan itu, Rafidah kekal sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar manakala Raja Ahmad Zainuddin sebagai ADUN Kubu Gajah. Raja Ahmad Zainuddin ketika dihubungi berkata, beliau bersyukur dengan keputusan tersebut dan akan terus menumpukan kepada tanggungjawabnya untuk memenuhi amanah yang diberikan oleh pengundi kwasan berkenaan kepadanya sebagai wakil rakyat. - 4/7/2008

-----------------------------------

Liwat: Saiful cerita segala-galanya - Najib

“Saya nampak dia seolah-olah berkata benar sebab saya nampak dia dalam ketakutan. Tangannya seram sejuk. Tetapi saya tak berani buat kesimpulan jadi saya nasihatkan awak sendiri buat keputusan. Dia ceritakanlah segala-galanya yang berlaku”. Demikian kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika ditanya apa penilaian beliau setelah pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengannya. Menurut Najib, Saiful Bukhri ada bertemu dengannya di rumah beliau beberapa hari sebelum laporan polis dibuat. Katanya, pada pertemuannya itu Saiful menceritakan dia diliwat oleh Anwar. Bagaimanapun kata Najib, beliau tidak berniat untuk campur tangan dan menyerahkan kepada Saiful untuk mengambil tindakan selanjutnya.Transkrip soal jawab isu dakwaan liwat dalam berita penuh. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 3/7/2008


-------------------------------------------

Jangan alih perhatian...isunya liwat atau tidak

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak persoalkan kenapa setelah laporan polis yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat dibuat, baru timbul pelbagai tuduhan baru ke atas dirinya dan beberapa pihak lain. Katanya, tindakan Anwar yang menggunakan akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu adalah satu pembohongan yang amat dahsyat dan rekaan semata-mata dan berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan untuk mencemar imej beliau. “Saya amat yakin bahawa tindakan ini merupakan satu usaha yang terdesak atau very desperate attempt oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengalih pandangan daripada tuduhan liwat yang beliau hadapi sekarang. Transkrip kenyataan Najib dan soal jawab dengan wartawan berhubung dakwaan Anwar dalam laporan penuh. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 3/7/2008

----------------------------------------------

Hikayat Akuan Bersumpah

Gamat seluruh negara apabila muncul satu akuan bersumpah yang mendakwa sesuatu perkara itu itu berlaku atau yang membuat akuan bersumpah itu percaya maklumat yang diberikan kepadanya tentang sesuatu perkara itu berlaku. Muncul sahaja akuan bersumpah, masyarakat umumnya akan terus membuat kesimpulan “ini garenti betul…kalau tidak takkan dia berani buat akuan bersumpah”. Namun tidak ramai yang sedar bahawa akuan bersumpah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Caranya mudah, buat akuan mendakwa sesuatu perkara itu berlaku atau pun seseorang itu membuat akuan bersumpah kerana percaya maklumat yang diberikan kepadanya adalah betul, kemudian pergi cari Pesuruhjaya Sumpah bayar RM6, maka akuan itu akan dicop dengan cop Pesuruhjaya Sumpah dan jadilah ia surat akuan bersumpah. Soal kebenaran kandungan akuan bersumpah itu tidak penting. Betul atau salah belakang cerita. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 3/7/2008

---------------------------

Ahmad Shabery minta Anwar guna forum debat isu minyak sebaik-baiknya

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menggunakan forum debat pada 15 Julai ini dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu minyak, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Beliau berkata debat adalah platform yang lebih bertamadun untuk menyuarakan pandangan pada masa kini berbanding platform jalanan.Katanya Anwar harus mengambil kesempatan daripada kesediaan beliau untuk berdebat mengenai isu minyak supaya rakyat dapat menilai perkara itu."Ini peluang bagi dia untuk menyatakan pendapat dia. Saya ada pendapat yang mewakili kerajaan.Mari bersemuka, biar rakyat mengadili," katanya kepada Bernama di Isla Magarita, Venezuela semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Penerangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (COMINAC) kali ketujuh hari Jumaat.- KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT . 5/7/2008

Debat Shabery VS Anwar...

Setakat hari ini, Sabtu Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi beri sebarang jawapan rasmi kepada surat yang dihantar Agendadaily beberapa hari lalu mengundangnya untuk menyertai debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' itu dicadangkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada malam 15 Julai ini dan akan disiarkan secara live menerusi televisyen.Ada juga kalangan pemimpin PKR cuba perkecilkan Ahmad Shabery kata ' siapa dia berbanding Anwar '.Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika ditemui di bangunan Parlimen Selasa lalu kata beliau yakin dengan kemampuan Ahmad Shabery untuk berentap dengan Anwar dalam debat itu.- 5/7/2008

Debat... bagus kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran Agendadaily sebagai "bagus". Katanya kepada Agendadaily di pejabatnya di bangunan Parlimen, beliau yakin Shabery mampu mempertahankan dasar kerajaan.- 1/7/2008


Tak lojik ...

Itu kata Tengku Razaleigh Hamzah pada Agendadaily bagi mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau mampu turunkan harga minyak esoknya sebaik saja Pakatan Rakyat berkuasa.Pengasas Petronas itu kata ia kenyataan populis.Beliau hairan bagaimana nak turunkan harga minyak sedangkan harga minyak dunia terus meningkat.Menurut Ku Li negara boleh bangkrap jika nak buat macam Anwar kata tu.- 1 /7/2008



Nak dengar cara turunkan harga minyak...? Tunggu (kalau jadi) debat Ahmad Shabery Cheek VS Anwar Ibrahim

Ideanya mudah…jangan cakap sebarangan. Tak kira pihak kerajaan atau pembangkang.

Negara ini tidak boleh hidup atas sentimen dan emosi menerusi ucapan berapi-api dan demonstrasi.Turun dengan fakta dan angka yang boleh yakinkan rakyat siapa yang betul.Orang kampong di Sik,Hulu Terengganu,Gua Musang,Kuala Pilah,Mersing dan nun jauh di Long Pasia tidak faham terma ekonomi yang tinggi-tinggi dan berbelit.Soalnya bagaimana ramai yang sudah angin satu badan dengan kenaikan minyak naik harga dapat diberi kefahaman isu ini dalam prespektif yang betul.Peritnya sekarang bukan terasa di Malaysia saja malah ia menjadi bahan keluhan satu dunia.Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau boleh turunkan harga minyak esoknya sebaik saja dapat tawan Putrajaya.Bunyinya memang mengiurkan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 29/6/2008

---------------------------------



Rakan Muda jadi kokurikulum di sekolah



Program Rakan Muda bakal dijadikan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah dalam usaha untuk mendekati belia dari peringkat awal remaja, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara itu kini di peringkat rundingan antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran termasuk beberapa isu teknikal dari segi pengurusan pelajar yang perlu dibereskan. "Kami kini sedang mengkaji peringkat umur belia kerana kementerian mengklasifikasikan belia sebagai mereka yang berumur antara 15 dan 25 tahun sedangkan sistem di sekolah menengah bermula pada umur 13 tahun. "Di samping itu, kami mahu mendekati belia tanpa mengganggu jadual pembelajaran mereka terutama yang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya selepas majlis pelancaran Rakan Muda Remaja Siber oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah di sini, Ahad. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT DAN UCAPAN PENUH MENTERI BELIA DAN SUKAN - 29/6/2008

BERITA RINGKAS AKTIVITI KBS

KLIK PADA LINK INI UNTUK ARKIB PROGRAM KBS TERDAHULU

---------------------------------


Sekadar renungan…

Menjelang berlangsungnya Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO tidak lama, terkenang saya peristiwa berkempen yang berkesudahan di Balai Polis Kajang dan dipanggil sebagai saksi oleh Lembaga Disiplin parti kerana ketua bahagian menghadapi tuduhan ‘main duit’.Sebenarnya saya tidak mahu sangat mengingatkan peristiwa yang saya sifatkan sebagai hitam dan pahit bergelumang dalam politik sejak tahun 1982 lagi. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.
Berita Lanjut


Cukup-cukup le tu…Klik "Sembang Kawan-Kawan" atau gambar dibawah untuk baca selanjutnya

Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kata para Ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu sentiasa mendokong prinsip demokrasi dengan menghormati kerajaan pilihan rakyat menerusi pilihan raya.Maksud bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ni kena gentlemen lah orang kawasan tu dah pangkah parti tu janganlah fikir-fikir nak syok sendiri lompat sampai lupa sapa yang pilih depa tu.Itu sepatutnya menjadi pegangan.Masa sembang sana sembang sini Kawan dapat feedback rupanya ramai juga orang dah fedup gile tak habis-habis dengar kisah MP nak melompat ni.“SAPP di Sabah tu pasai apa tak keluar BN sebelum pilihanraya 8 Mac…bertanding sendiri-sendiri…ni dah menang atas tiket BN baru nak melalak…itu tak aci beb,”kata seorang kawan yang anti politik ‘belakang kira’.Seorang lagi pula tanya ni mazhab politik apanama ?

Kawan: main kiri kanan depan belakang
Berita Lanjut

Gara-gara konspirasi bodoh atau apa?

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail nampak agak emosi sikit semasa sidang akhbar di lobi parlimen petang Selasa selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ini bila berdepan dengan soalan Agendadaily apakah bukti dan petanda yang menjadi asas dakwaan wujudnya ancaman bunuh keatas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Soalan ini dikira satu soalan biasa bagi mana-mana wartawan mengenangkan ramai yang tertanya-tanya mengenainya termasuk ada yang kata ia tidak masuk akal melihatkan Anwar kebelakangan ini bebas sekali ke sana kemari sebelum dan selepas pilihanraya umum 8 Mac.Kenapa pula tiba-tiba lepas timbul dakwaan pembantu khasnya Saiful Bukhari Azlan terus timbul cerita keseselamatannya di hujung tanduk.Jangan kata orang politik orang biasa di warung-warung kopi pun hairan dan nak tahu apa bukti pada semua dakwaan macam itu.
Berita Lanjut


Ingatan Ezam kepada Anwar....ini masalah peribadi jangan politikkan

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor berkata, tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba kaitkan isu dakwaan liwat ke atasnya sebagai konspirasi politik adalah merupakan cubaan beliau mempolitikkan isu berkenaan. Selain itu katanya, tindakan Anwar itu juga merupakan usaha beliau untuk menarik perhatian dan antarabangsa khususnya Amerika Syarikat untuk membela dirinya. "Tidak ada konspirasi dalam isu terbaru ini...ini masalah peribadi dia (Anwar) dengan Saiful (yang dakwa diliwat). Ini taktik Anwar untuk memperlihatkan kononnya dia melawan isu besar iaitu konspirasi.
Berita Lanjut

Cubaan fitnah Menteri Belia dan Sukan nak lompat parti

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob (kiri) hari ini jadi mangsa cubaan untuk kecohkan UMNO.Ada pihak tertentu yang edarkan tulisan dalam sebuah laman bog yang dakwa beliau antara dua Ahli Parlimen UMNO yang nak lompat parti kepada para wartawan di Parlimen.Seorang lagi ialah Datuk Saifuddin Abdullah ,Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Ismail segera adakan sidang akhbar di Parlimen kata ia tidak lojik dan tidak masuk akal.
Berita Lanjut


Tiada bukti...itu politik

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tegaskan, dakwaan ancaman bunuh terhadap Penaishat parti keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa disertakan bukti akan membuka andaian ia hanya isu politik. “Serba kemungkinan boleh berlaku kalau tidak bukti, kalau tak ada nak buat aduan mengenai fakta maka itu boleh dianggap satu percubaan untuk mempolitikkan isu ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya tidakkah dakwaan wujudnya ancaman bunuh terhadap Anwar tanpa disertakan bukti boleh dikatakan sebagai cubaan mempolitikkan isu berkenaan.
Berita Lanjut

Tunggu lagi….

Sekitar 10,000 orang yang berhimpun di Stadium Melawati,Shah Alam Selasa malam begitu mengharapkan nak dengar suara dan lihat wajah empat orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang didakwa nak melompat.Ini menjadi daya penarik ramai selain dari nak dengar sendiri apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kata pasal kes dakwaan liwat pembantu khasnya.Agendadaily yang berada di celah orang ramai bersesak di stadium tertutup itu dapat melihat wajah hampa sesetengah mereka bila perhimpunan itu berakhir.“Apa cerita ni,dengar kata empat MP BN yang nak lompat tu hadir malam ni...
Berita Lanjut


Jangan main-main Datuk...nanti ini jadi bahan bukti

Cuba tengok betul-betul dengan siapa Datuk Shahrir Samad ketawa riang penuh mesra.Mungkin wajahnya tidak begitu familiar kerana orangnya agak low profile.Tapi kalau sebut Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) tentu ramai yang buka mata.Orangnya ialah Datuk Eric Enchin Majimbun Ahli Parlimen kawasan Sepanggar.Isnin beliau muncul semula di Parlimen setelah tidak hadir sidang sepanjang minggu lalu.SAPP ada dua Ahli Parlimen.Seorang lagi ialah Ahli Parlimen kawasan Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui.Beliau masih belum muncul di Parlimen sejak SAPP ‘buat perangai’...
Berita Lanjut

Anwar abused the Embassy of Turkey

The Tusrkish Embassy has awakened to the truth that Anwar Ibrahim had fooled H.E The Ambassador and his staff. What really happened was Anwar actually welcomed himself to the embassy. He went there on some pretexts and then cleverly stayed on. He was finally asked to leave the embassy.We have to beleive what the embassy officials told the press and also our Foreign Ministry that the embassy did not invite Anwar to their premise. Anwar told the world that he was given protection by the embassy. This is a blatant lie and he conjured his words in such a way that he was more less the guest of the ambassador.

Berita Lanjut



PLAYING THE COURTING GAME

TAK MASUK UMNO
ASHAARI TAK JADI
PERDANA MENTERI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

ANWAR

MEDAN INFO DESA UNTUK ORANG KAMPONG

BERHENTI MENGHINA BANGSA MELAYU

TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI