21Ogos2017

Syarikat anak disiasat LHDN... Mahathir jangan melompat

Pemuda UMNO Kedah meminta Tun Mahathir Mohamad bersikap tenang dan berlapang dada apabila beberapa syarikat milik anaknya disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu harus sedar itu adalah prosedur biasa dan tidak perlu melatah mempertikaikan mana-mana pihak untuk turut sama disiasat.

"Kita yakin dan percaya pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka dengan telus dan penuh profesional tanpa mengambil kira sentimen tertentu.

"Atas prinsip 'Berani kerana Benar, kita menggesa Mahathir tidak melatah dan melompat apabila pihak LHDN menjalankan tugas mereka.

"Kita juga yakin prosedur yang sama telah dibuat ke atas mana-mana syarikat tanpa mengira apa jua hubungan kekeluargaan bersama pihak pemimpin tertentu," katanya.

Sumber sebuah portal baru-baru ini melaporkan, LHDN dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Mahathir.

Dalam pada itu Shaiful turut mengingatkan Mahathir bahawa pentadbiran dan operasi agensi ataupun badan kerajaan bukannya seperti dahulu.

"Maksud dahulu iaitu zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri yang mentadbir secara 'kuku besi'.

"Kali ini semua agensi dan badan kerajaan telah menjadi proses 'transformasi untuk lebih professional dan telus.

"Oleh yang demikian tidak timbul soal LHDN dan agensi kerajaan menjadi boneka kepada mana-mana pihak," jelasnya.

Katanya lagi, anak-anak Dr Mahathir kini tidak lagi berada di dalam 'sangkar emas ataupun dilindungi oleh tangan-tangan yang tertentu.

"Kita memohon agar pihak berkuasa terus menjalankan tugasan mereka tanpa sebarang ketakutan dan tekanan.

"Hakikatnya, kekayaan 'luar biasa' anak-anak Mahathir ini perlu dibongkar kerana mereka sudah lama dilindungi oleh kuasa-kuasa tertentu.

"Kita juga ingin menggesa agar pihak berkuasa dengan serta merta membuka kertas siasatan khas bagi menyiasat sekiranya wujud salah laku korporat syarikat-syarikat milikan anak-anak Dr Mahathir," ujarnya.

Shaiful memberitahu, Pemuda UMNO Kedah masih lagi ingat apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia mendedahkan amalan 'nepotisme dan kronisme Mahathir semasa berucap di dalam Persidangan Pemuda UMNO Malaysia.

"Dr Mahathir pula terus mengaktifkan mod serangan (attacking mode) di dalam ucapan dasarnya pada keesokkan harinya.

"Tindakan ini membuktikan bahawa Dr Mahathir sentiasa ingin melindungi kemungkinan salah laku korporat anak-anaknya.

"Kita mohon pada kali ini perkara ini haris dibongkar dan kebenaran seharusnya didedahkan," katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik yang dimainkan Mahathir merupakan politik menanam kebencian terhadap kerajaan.

Tegasnya, cara politik yang dibawa Dr Mahathir menanam kebencian dan menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam apa jua perkara.-11/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 571  tetamu dalam talian