21Ogos2017

Bekas wartawan hiburan terkenal Utusan,Bahyah Mahmood sudah tiada…

Sewaktu era 1970-90han nama Bahyah Mahmood cukup berpengaruh dalam dunia hiburan.Waktu itu siapa yang tidak kenal nama pena BAM ,bekas wartawan hiburan akhbar Kumpulan Utusan ini.
 
Pagi Selasa jam 5.20 beliau menghembus nafas terakhir di Institut Kanser Negara di Putrajaya kerana  penyakit kanser.
 
Allahyarham berkhidmat dengan Utusan selama berkhidmat selama 32 tahun dan bersara pada Oktober 1997 dengan jawatan terakhirnya sebagai editor URTV.
 
Ketika era kegemilangannya Allahyarham telah membantu menyemarakkan dunia hiburan dan menaikkan banyak artis.
 
Kolumnya "Syyhhh.. BAM" menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia diminati ramai. 
 
Kebetulan,Allahyarham suaminya Ahmad Idris juga meninggal dunia kerana penyakit kanser di Institut Kanser Negara pada 3 Februari tahun lalu.

(Gambar atas, Bahyah Mahmood sewaktu bersama  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang melancarkan memoir ' Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu ' tulisan Allahyarham suaminya Ahmad Idris di pejabat Utusan pada 20 Februari 2017) 


 
Allahyarham yang terkenal dengan nama penanya ABI  ialah bekas Pengarang Mingguan Malaysia.- 20/6/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 692  tetamu dalam talian