22Ogos2017

Dari 3 hari,tempoh tahanan reman pegawai SPRM didakwa minta rasuah dilanjut 2 hari lagi

Nampak gaya panjang cerita.Ini kes pegawai SPRM di Bukit Mertajam yang ditahan oleh polis kerana minta wang rasuah dari polis dalam satu kes judi.
 
Selepas tempoh tahanan reman keatasnya selama tiga hari berakhir esok Selasa ia akan dilanjutkan dua hari lagi.
 
Perintah lanjutan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit di lokap Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Isnin.
 
Jumaat lepas, pegawai yang bertugas di Unit Risikan Zon Utara SPRM Putrajaya berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Machang Bubok di Bukit Mertajam , pada 10.20 malam dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.
 
Dia ditahan sepasukan polis daripada Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) sejurus selepas dipercayai menerima wang sebanyak RM3,000 hasil pemerasan daripada mangsa.
 
Polis turut merampas kad kuasa, beg sandang, dua kelongsong peluru 9mm, telefon bimbit dan sebuah kereta Volkswagen daripada pegawai SPRM itu.- 12/6/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1751  tetamu dalam talian