21Ogos2017

Lagi pasal siasatan SPRM kes FIC beli hotel di London dan Kuching..

Sejak jam 9 pagi Rabu petugas media ‘berkampong’  dekat pintu masuk utama Menara Felda tidak jauh dari KLCC di Kuala Lumpur untuk mengintai apa cerita terbaru pasal siasatan kes Felda Invesment Corporation (FIC) beli hotel.

SPRM nampaknya terus giat menjalankan siasatan kes belian hotel di London dan Kuching yang dipercayai pada harga lebih tinggi dari sepatutnya.

Ia menjadi semakin hangat berikutan tahanan reman keatas bekas CEO FIC Mohd Zaid Abdul Jalil dan bekas Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Felda Zahid Md Arip semalam.

Pada jam 10.17 pagi pasukan penyiasat SPRM yang dianggotai empat pegawai itu tiba di Menara Felda.

Mereka dipercayai datang untuk mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian hotel di London dan di Kuching.- 2/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 593  tetamu dalam talian