28Jun2017

PM ulas mengenai FGV semasa di Felda,Johor petang Sabtu…

Kalau nak dengar apa kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu Felda Global Ventures (FGV) kena tunggu ucapan beliau semasa melawat ke Felda Sungai Sayong di Kulai Johor esok,Sabtu.
 
Dua orang wartawan telah mengemukakan soalan minta beliau ulas mengenai FGV semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertingggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, petang Jumaat.
 
Namun kata Najib beliau hanya akan menyentuh isu berkenaan semasa di Felda Sungai Sayong.
 
Pergelutan dalaman antara Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad dan CEO FGV Datuk Zakaria Arshad kebelakangan ini telah mencuri perhatian ramai.
 
Lembaga Pengarah FGV mengarahkan empat pegawai kanan FGV termasuk Zakaria bercuti serta bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV. 
 
Kerajaan telah melantik bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala jadi orang tengah tangani isu berkenaan manakala pihak SPRM akan menjalankan siasatan keatas hal berkenaan.
 
Dalam sidang akhbar itu Najib yang juga Presiden UMNO memberitahu jumlah orang yang mendaftar jadi ahli UMNO telah meningkat mendadak kebelakangan ini.
 
Sambil menyifatkannya sebagai perkembangan yang menarik,beliau berkata jumlah yang mendaftar pada bulan April hingg Mei ialah 29,840.
 
Dari jumlah itu 15,201 daftar menerusi online.
 
Menurut Najib jumlah yang ‘ walk in’ untuk daftar diri sendiri di pejabat-pejabat UMNO juga bertambah.
 
Katanya kira-kira 300 orang mendaftar sehari.
 
Perdana Menteri juga memberitahu Malaysia memantau secara rapi perkembangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia bagi membolehkan sebarang langkah dan keputusan yang diambil menepati kepentingan negara. 
 
Beliau merujuk krisis di Negara-Negara Teluk, ancaman ujian peluru berpandu balistik Korea Utara dan keputusan pilihan raya United Kingdom hari ini, yang membawa kepada Parlimen Britain tergantung, sebagai antara ketidaktentuan geopolitik yang menarik perhatian dunia.
 
"Selain ancaman keganasan dan ekstremisme yang merupakan cabaran besar kepada kita...kita juga menyedari bahawa ada satu risiko baharu lebih serius terpaksa kita tangani iaitu risiko geopolitik," katanya.
 
Awal minggu ini, dunia dikejutkan dengan keputusan Arab Saudi serta beberapa negara termasuk Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Maldives dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar berikutan dakwaan negara berkenaan membiayai kumpulan militan Daesh. 
 
Menyentuh perkembangan ekonomi, Najib berkata ketika ini ekonomi dunia berkembang lebih positif dan Malaysia juga mencatat pencapaian ekonomi yang amat memberangsangkan pada suku pertama tahun ini, iaitu sebanyak 5.6 peratus, berbanding 4.1 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.
 
Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, perdana menteri berkata beliau akan bertemu Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat untuk menentukan calon terbaik bagi Barisan Nasional (BN).- 9/7/2017- OLEH LUKMAN ABDULLAH
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 792  tetamu dalam talian