20Oktober2017

Setiausaha Agung Perkasa jadi ‘tukang karut’ …nak cemar majlis PM

Inilah yang dikata ada hati nak tunjuk jaguh…main hentam cakap.Akibatnya level orang macam Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali sudah jatuh standard jadi ‘ tukang karut’ untuk cemarkan majlis perasmian pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu.
 
Soalnya apakah beliau sendiri hadir pada majlis yang berlangsung di KotaSAS itu atau main dari jauh kutip cakap puak yang memang tidak pernah senang pada kerajaan.
 
Rasanya Syed Hassan akan merasa malu sendiri mengeluarkan kenyataan yang disebar di serata media sosial mendakwa kononya suasana majlis perasmian itu seolah Malaysia sudah dijajah oleh China….jika beliau sendiri hadir.
 
Eloklah Syed Hassan jawab segera apakah beliau hadir atau tidak atau main ‘tembak’ saja.
 
Mungkin sudah kering modal atau nak cari publisiti murah Setiausaha Agung Perkasa ini tiba-tiba mau bikin kontroversi pasal majlis itu dengan mendakwa identiti negara sudah hilang.
 
Antaranya beliau berkata : “Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?
 
“Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera-bendera tulisan Mandarin.
 
“Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.
 
Di manakan jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???”

 
Ini membuatkan ramai yang hadir pada majlis perasmian pecah tanah ECRL itu terkejut kerana keadaan sebenarnya tidaklah seperti yang didakwa Syed Hassan.
 
Apa yang buat lawak dan memalukan gambar banner yang digunapakai oleh Syed Hassan untuk kenyataanya adalah satu majlis lain yang diadakan sebelum majlis pecah tanah oleh Perdana Menteri.
 
Gambar berkenaan ialah semasa majlis antara pekerja syarikat kontraktor China CCCC sahaja untuk meraikan pengerusi mereka.
 
Untuk menangkis dakwaan Syed Hassan itu…Ketua Pemuda Pahang Sahar Abdullah telah mengeluarkan kenyataan rasmi memberitahu keadaan sebenar.
 
 
KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG
 
Pemuda UMNO Pahang menyangkal dakwaan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali bahawa majlis pecah tanah ECRL yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung hari ini tidak memegang prinsip kenegaraan, tidak patriotisme dan bersifat Pro-China.
 
Untuk pengetahuan Syed Hassan, bahasa Melayu digunakan dalam ucapan Perdana Menteri dan Pengerusi MRL tetapi memandangkan budaya kita sebagai orang Islam menghormati tetamu, itu sebabnya kita ada menggunakan khidmat penterjemah bahasa.
 
Persembahan pentas menunjukan identiti budaya Malaysia, di mana penyambut tetamu juga berpakaian kebaya malah majoriti yang hadir dalam majlis bersejarah itu adalah rakyat Malaysia.
 
Bacaan doa juga sepenuhnya dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan kita dan Jalur Gemilang dipasang megah di atas pentas utama.
 
Saya yakin sekiranya saudara Syed Hassan hadir pada majlis hari ini, beliau akan melihat semua yang diperkatakan ini. Identiti Malaysia tidak akan hilang dengan adanya ECRL melainkan orang kita sendiri yang tidak menanam sifat cintakan negara dan hanya tahu menjadi pengkritik di belakang papan kekunci menyebarkan berita yang salah.
 
SHAHAR ABDULLAH
 
KETUA PEMUDA UMNO PAHANG 
 
9 Ogos 2017
 
 
 
 
Ini pula laporan komen seorang tetamu yang hadir di majlis perasmian pecah tanah ECRL oleh Perdana Menteri 
 
 
ECRL nafikan tuduhan yang dibuat Perkasa
 
"Saya ada di sana tadi, tidak ada sampai macam itu sekali (seperti yang dituduh Perkasa kononnya Malaysia kena jajah dengan China), apa yang saya nampak identiti Melayu tetap diutamakan" ulas seorang pegawai kanan kerajaan di Pahang yang hadir pada majlis perasmian ECRL tadi.
 
Ujarnya lagi, semua penyambut tetamu wanita warga Cina pakai baju kebaya Melayu. Pengacara wanita dari negara China pun pakai baju kebaya Melayu dan cuba berbahasa untuk Melayu. Malah pengacara itu cuba untuk berpantun lagi.
 
Perdana Menteri pun berucap dalam bahasa Melayu kemudian dipertengahan ucapan berbahasa Inggeris dan kemudian berbahasa Melayu semula. Kelihatan banyak bendera Malaysia digantung di mana mana termasuklah dalam khemah besar.
 
Ini bermakna tuduhan yang dibuat Perkasa itu tidak benar. Kononnya tiada langsung bendera dan identiti kebangsaan.
 
"Pengacara lelaki berbangsa Melayu menggunakan bahasa Melayu dengan baik, sebelum menterjemahkannya ke bahasa Inggeris
 
Pembangkang ini biasalah, masa inilah hendak tunjuk patriotik sangat.

Padahal masa suruh kibar jalur gemilang tidak mahu pulak. Ada pula yang sanggup cipta bendera baru" ujar pegawai kerajaan tersebut.
 
Persembahan pun beridentitikan Malaysia. 
 
Saya ada dalam majlis itu. Apa yang penting di sebalik itu, PM sedang membina hubungan diplomatik dengan sebuah negara yang besar, kuasa ekonomi yg besar" ujarnya lagi.
 
Syed Hassan dari Perkasa yang memulakan pertikaian menerusi sebaran mesej Whatsapp dan kemudiannya diputar belit lagi oleh Malaysiakini.

Syed Hassan ini sudah ditanya dua kali di media sosial, apakah dia hadir atau tidak dalam majlis perasmian itu?
 
Syed Hassan tidak jawab. Bermakna kita usah dengarlah cerita dari orang yang tiada dalam majlis, dengarlah kisah dan cerita dari orang yang hadir dan ada dalam majlis. 
 
 
Ini dua lagi komen seorang tetamu di facebook 
 
 
Paparan banner inilah yang didakwa kononnya negara Malaysia dah kena jual pada China. Ada dua majlis dan acara berasingan antara CCCC sahaja untuk meraikan pengerusinya dan acara majlis pecah tanah yang PM rasmikan.
 
 
REALITI SEBENAR MAJLIS PECAH TANAH PROJEK ECRL OLEH YAB PM
 
Tak nampak pun Majlis ni terlalu pro China. Majlis ini dianjurkan dalam Bahasa Melayu terjemahan BI dan mandarin.
 
Nota: Bendera syarikat adalah majlis lebih awal Syarikat CCCC menyambut Pengerusi mereka di tapak projek yang masih ada disitu.
 
Nampak tak manipulasi para macai. Cara mereka spin.
 
-Majlis start dgn lagu negaraku..pastu Allah Selamatkan Sultan Kami (lagu negeri Pahang)...Mungkin Perkasa nak lagu irama Malaysia...
 
-Lain kali datang tengok sendiri...apa sebenarnya berlaku...mudah je dpt dosa kering. 
 
 
- 10/8/2017
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 574  tetamu dalam talian