21Ogos2017

Saya layan dengan senyum - Pengasas Telekung Siti Khadijah

Siapa sangka sehelai kain yang dipakai untuk solat, boleh menjadi bisnes besar yang berjaya dalam hidup seorang suri rumah biasa. Padzilah Enda Sulaiman , 54, merupakan pelopor dalam perniagaan telekung wanita bukan saja di Malaysia bahkan di luar negara.

Hari ini, telekung  jenama Telekung Siti Khadijah keluarannya merupakan produk berprestij  yang berkualiti  tinggi. Sesuai dengan taglinenya, "Lambang Cinta Abadi,"  telekung Siti Khadijah sering menjadi pilihan untuk hadiah detik detik istimewa,  juga untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan.

Begitu tersohornya jenama ini sehinggakan jika anda biasa ke Indonesia, terutama di pusat membeli  belah seperti di kota Bandung mahupun Jakarta, sudah pasti jurujual akan suakan anda dengan  "telekung Siti Khadijah" kononnya. Saya sendiri sudah sering melihat situasi ini di Jakarta dan Bandung, dan juga di Chowkit, Kuala Lumpur.
 
Bagaimana perasaan pengasasnya bila berada di tengah tengah peniaga yang mengakui telekug mereka adalah "telekung Siti Khadijah"?

Ketika diajukan soalan ini kepadanya, wanita erwajah manis keibuan ini tersenyum. Katanya, "Saya layan sajalah dengan senyum."

Namun, Puan Padzilah  mengakui perasaannya bercampur, di antara kebanggaan dan kekecewaan.

"Saya bangga hasil tangan saya jadi tiruan, ini bermakna ia produk yang baik. Orang tidak tiru jika ia produk yang sebaliknya.  

Namun saya merasa sedikit kecewa juga kerana mereka mengambil kesempatan atas susah payah kami.

Tapi saya percaya orang boleh menilai di antara yang tulen dan yang tiruan," kata wanita gigihnya ini, mengakui pernah juga mengambil tindakan undang undang ke atas pihak tertentu.

Hari ini di mana mana nama Siti Khadijah atau singkatya, SK menjadi pengeluar  dan pelopor telekung utama negara ini.

Bahkan kejayaan SK, kini muncul pula pelbagai jenama lain. Ia mempergiatkan lagi industri pembuatan telekung, masing masing dengan kelebihan yag tersendiri.

Puan Padzilah menjelaskan nama Siti Khadijah dipilih  bukan kerana beliau asal Kelantan. Menurut Padzilah, ramai yang menyangka beliau orang Kelantan, kerana negeri itu terkenal dengan kegigihan wanita dalam perniagaan dan nama Siti Khadijah sinoim dengan pasar terkenal negeri itu.

Berasal dari  Perak, dibesarkan di Kampung Pekan Lama, Sungkai, sebuah perkampungan  terpencil tanpa letrik, menjalani kehidupan sukar di zaman persekolahannya. Hanya berkelulusan  SPM, namun pada tahun  2008, beliau  memperoleh sijil  Usuluddin dari Akademi  Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Menaruh minat yang sangat mendalam dengan jahitan, beliau pertama kali menghasilkan baju maxi untuk anak saudaranya, walaupu belum pernah belajar menjahit. Siang ke sekolah, malam menyiapkan maxi dan bila siap meninggalkan kepuasan yang sukar digambarkan.

Itu sebenarnya menjadi  titk permulaan dalam alam perniaagan beliau, "menghasilkan sesuatu yang cantik dan selesa dipakai orang."

Nama SK dipilih kerana menyanjungi istieri Nabi Muhammad, Saidatina Khadijah.

Baginya, Saidatina Khadijah  yang memiliki segala keistimewaan wanita Islam sejati -  beliau wanita bangawan yang kaya dan masyhur di Kota Makkah, bijaksana dalam berdagang, disanjung dan disegani.

"Sifat sifat terpuji ini mendorong saya mengabadikan nama bangsawan tersohor dan wanita unggul ini jenama produk saya," ujar Padzilah yang telah menceritakan juga  kisah bagaimana beliau bermula berniaga, memilih jenama dan kegigihannya dalam perniagaan di dalam buku yang dilancarkan bulan lalu.

Buku berjudul, Siti Khadijah Lambang Cinta Abadi -  Padzilah Enda Sulaiman telah secara rasminya dilancarkan oleh Datuk Sarimah Ahmad, sahabat dan juga penggemar setia telekung Siti Khadijah.

Buku itu menceritakan segala yang diharunginya, termasuk membesarkan enam orang putera. Kisah hidup sejak kecil, bagaimana kesusahan itu berhasil ditukar menjadi pendorong semangat dan kekuatan. Beliau mahu agar kisah itu boleh membantu membina kekuatan wanita lain berjaya dalam hidup.

"Saya harap cerita saya di dalam buku itu boleh menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain untuk menjadi usahawan, untuk berjaya dalam apa yang mereka impikan," tambahnya.

Anak bungsu 13 beradik, bapanya, Sulaiman Yeop Ahmad telah menyerahkan beliau kepada adik lelakinya, Enda, yang tidak mempunyai zuriat dan juga kerana ketika itu ibu kandung Puan Pazilah, Maheran Idris meninggal dunia sebaik melahirkan beliau.

Memiliki peribadi yang lembut tetapi kuat semangat, kejayaan Padzilah amat membanggakan keraa beliau juga berhasil  mendidik keenam anak lelakinya dengan berjaya. Kesemua mereka merupakan jurutera  di mana empat dari enam anak kini membantu dalam bisnes SK.

Ia menjadi bisnes keluarga yang sangat berjaya di negara ini.

Anak sulungnya, Mohammad Muzamil kini bertanggungjawab  menguruskan sistem pemasaran secara online, terutama melalui lama facebook yang semakin popular hari ini.

Butik SK pertama di Bandar Tun Razak telah ditutup dan kini semua operasi SK berpusat di Bandar Baru Bangi, iaitu di seksyen 8.

Padzilah juga menekankan bahawa untuk berjaya, keyakinan dalam diri itu penting. "Kita tidak boleh under estimate diri kita, dan untuk berjaya, kita mesti ada wawasan. Saya hanya seorang suri rumah yag urusakan enam anak lelaki, saya tidak belajar tinggi, tapi saya mahu berjaya.

"Saya pilih telekung kerana mulanya, saya hendak pakai  telekung yang selesa. Itu asas telekung saya, keselesaan,' ' katanya yang menjahit sendiri semua telekung pada awal perniagaan.

Sememangnya beliau wanita yang gigih. Walaupun berdepan ujian yang pelbagai, beliau tabah  mengharunginya. Misalnya, pernah pada awal pembabitannya pada 2009, beliau mejahit dan menyiapkan sebanyak 200 telekung atas tempahan sebuah agen pelancungan, tetapi tiba saatnya, agen itu membatalkan tempahan.

"Ia sangat menyedihkan, tetapi saya terimanya sebagai takdir. Saya hanya berusaha dan saya percaya jika kita berusaha, Tuhan akan membuka jalan. Kita mesti berusaha dan selebihnya berdoa, itu panduan dan amalan saya," jelasnya yang telah terpilih untuk anugerah  Women Entrepreneur Award 2016 oleh SME  Corp Malaysia dan Deloitte.

Tahun ini, 2017, merupakan tahun kejayaan buat Siti Kahdijah kerana berjaya merangkul beberapa anugerah lagi antaranya, menduuki tangga keenam dalam anugerah E50 daripada 10 yang teratas.

Beliau turut merangkul dua anugerah lain, iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Pemasaran Digital (PKS) Patuh Syariah 2017, oleh Bank Islam dan Utusan.

Apa yang membanggakan, Siti Khadijah yang ditubuhkan sejak 2009 dengan hanya 200 telekung, kini sudah mempunyai 19 cawangan. Bahkan, sebelum  Aidilfitri ini, akan meningkat dengan pertambahan 21 butik termasuk di Dubai dan United Kingdom.

Ketika diwawacara AD, beliau baru saja kembali dari kota London selepas menyertai London Muslim Lifestyle dan kemudian ke Istanbul bagi mengikuti Istanbul Modern Fashion Week. Bulan Julai pula, beliau akan ke Itali untuk promosi  Siti Khadijah.

Di dalam bukunya, beliau mencoretkan begini, " Saya mahu telekung saya meniti di bibir setiap wanita beragama Islam dan meninggalkan kesan mendalam pada diri mereka."

Itu impiannya awalnya. Dan ternyatan hari ini, impian itu menjadi keyataan. Di mana mana billboard jenama SK terpampang besar dan megah. Tahniah Siti Khadijah.
 
Banyak  catatan  menarik yang dikongsikan oleh Padzilah di dalam bukunya yang ditulis sejak empat tahu lalu untuk dijadikan panduan. Ia legasi SK, kata Padzilah.

Buku ini boleh didapati secara oline. Harganya, sangat murah, iaitu RM24.90 berbanding isinya yang mahal.

Buku tersebut juga boleh didapati di semua butik SK atau melalui laman sesawang www.sitikhadijah.com-29/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 691  tetamu dalam talian