17Oktober2017

Perak pecat dua perwakilan Dewan Belia kerana tidak hadir sidang

Perak dengan berani melangkah setapak lagi dengan memecat dua Perwakilan Dewan Belia negeri kerana gagal hadir dua kali berturut-turut pada sesi persidangan.

Kedua-dua wakil berkenaan digantikan dengan wakil-wakil lain yang komited.

Perkara ini disahkan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahaya, sambbil menjelaskan  keputusan menggugurkan kedua perwakilan itu diambil kerana mereka gagal menunjukkan komitmen gitu sebagai perwakilan Dewan.

Katanya, tindakan tegas itu diambil berikutan amaran keras Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada mana-mana  Perwakilan Dewan Belia Perak yang tidak berdisiplin bahawa mereka bakal digugurkan.

``Tindakan telahpun diambil untuk menggantikan dua orang yang dua kali tidak hadir dalam Dewan Belia yang pertama dan kedua,’’ katanya.

Datuk Shahrul Zaman berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Transformasi Nasional (TN) 50 Belia OKU anjuran TAJ International College (TIC) dengan kerjasama Dewan Muda, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Perak (DPPM) di Dewan TAJ International College, Ipoh pada Jumaat.

Hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia Mua’mar Ghadafi Datuk Wira Jamal Jamaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif TAJ International College, Puan Tina Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman.

Menurut Shahrul Zaman lai, beliau memandang serius isu ketidakhadiran mana-mana Perwakilan Dewan Belia  pada persidangan Dewan Belia kerana ia memberi impak yang tidak baik kepada imej bukan sahaja kepada  Perwakilan Dewan Belia malah kerajaan negeri.    

``Sudah tentu serius kerana kita hendak supaya dia orang belia ini merupakan platform yang relevan jadi kalau mereka tidak dapat memberikan komitmen maka kita perlu gantikan mereka dengan mereka-mereka  yang komited,’’ tegasnya.

Sebelum ini amaran keras dibuat Menteri Besar Perak kepada mana-mana Perwakilan Dewan Belia Perak yang tidak berdisiplin bahawa mereka bakal digugurkan.

Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir berkata kalangan mereka ini yang tidak menunjukkan minat mahu pun dengan sengaja tidak menghadirkan diri dalam persidangan boleh digugurkan menerusi pencalonan di masa akan datang.

Katanya sebarang penyertaan dan pemilihan perwakilan selepas ini akan dilaksanakan lebih ketat bagi menentukan komitmen para perwakilan selain tidak mengambil mudah tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau berharap wakil-wakil dewan belia menganggap sidang ini sama seperti mana sidang DUN, oleh itu  mereka yang tidak menunjukkan minat atau tidak  mempunyai alasan yang kukuh tidak hadir pada persidangan itu akan dilucutkan jawatan.

Zambry menarik perhatian terdapat wakil-wakil belia ini tidak hadir ketika sesi persidangan. Ia memberi impak negative terhadap  komitmen mereka kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan itu.

Peringatan keras Zambry pada wakil-wakil dewan belia Perak ini dibuat pada media selepas merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Belia Perak Darul Ridzuan baru-baru ini.

``Kalau ikut peraturan dewan sewaktu sidang DUN pun sekiranya ahli dewan yang tidak datang dua kali berturut-turut tanpa memaklumkan, dengan sendirinya dia gugur sebagai ADUN dan boleh dibuat pilihanraya baru.

“Selain itu kekerapan tidak hadir itu sudah menunjukkan mereka tidak berminat. Tapisan yang kita buat nanti bukan bermakna dari segi mereka dalam kumpulan mana tapi lebih cenderung kepada komitmen mereka,” katanya.-18/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 412  tetamu dalam talian