18Disember2017

Perak sokong laksana cukai pelancongan 1 Julai

Kerajaan negeri Perak tidak mempunyai halangan berhubung pelaksanaan cukai pelancongan yang akan dilaksanakan 1 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, ini kerana pelaksanaannya merupakan proses pemutihan oleh kerajaan bagi memastikan semua jenis premis pernginapan adalah berdaftar dengan kerajaan dan semua jenis undang - undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

"Ini dapat memberikan keyakinan kepada pelancong yang sentiasa menginginkan premis penginapan yang berkualiti, selamat dan diiktiraf oleh kerajaan tempatan," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pemain - Pemain Industri Pelancongan dan Pengamal Media di Hotel Symphony Suites Ipoh pada Ahad.

Menurut Nolee lagi, cukai ini juga dilaksanakan untuk membantu melonjakkan pembangunan industri pelancongan di Malaysia.

"Pulangan cukai ini akan digunakan bagi membangunkan pelbagai subsektor di bawah industri pelancongan terutama dari segi penambahbaikan infrastruktur dan pelancongan yang pastinya memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Nolee berkata, dengan pelaksanaan cukai pelancongan ini dalam masa yang sama pelbagai cabaran harus kerajaan lalui bagi memastikan pelaksanannya dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

"Walaupun kita mempunyai hubungan mengenai cukai pelancongan yang telah diumumkan Kerajaan Pusat, banyak perkara lagi yang perlu kita selesaikan. Kita harapkan melalui cukai ini ianya juga akan membantu kita untuk menyelesaian masalah - masalah seperti pemutihan pusat - pusat penginapan yang sedia ada termasuklah yang berada di portal - portal," katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih bagi kisah kerajaan negeri kepada pengamal media kerana banyak membantu mempromosikan pelancongan Perak dan kerjasama berterusan daripada kerajaan negeri.

"Kejayaan yang dikecapi Perak dalam mempromosikan pelancongan tidak akan dapat dicapai sekiranya pengamal media tidak memberikan sokongan dan kerjasama berterusan kepada kerajaan negeri.

"Saya rasa tidak mungkin Perak mendapat pengiktirafan sebagai pelancongan domestik paling tinggi dan Perak merupakan antara wilayah ( region ) terbaik sekiranya tidak mendapat maklumat daripada rakan media yang sentiasa memberi sokongan, cadangan dan idea untuk kami jalankan bagi membangunkan industri Pelancongan di negeri ini," katanya.-19/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 631  tetamu dalam talian