20Oktober2017

SPRM puji program pemukiman di Perak

Jarang kita dengar tetapi di Perak baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penghargaan kepada Menteri Besar negeri berkenaan.

Penghargaan itu dibuat Pengarah  SPRM negeri Datuk Nooraziah Abd Manaf mengulas isu-isu rasuah serta perkara berkaitan berhubung program-program kerajaan.

Yang dimaksudkan tentulah program pemukiman YAB MB—satu-satunya di negara ini--dimana selain Menteri Besar, para EXCO, juga pegawai kanan kerajaan turun padang menemui rakyat.

Penghargaan SPRM negeri buat Zambry tentu sangat manis mengambil kira kes-kes rasuah berprofil tinggi membabitkan beberapa negeri dan agensi kerajaan pusat.

Dengan kenyataan terbaru SPRM, tentulah pembangkang yang sering mengaitkan isu rasuah dan salahlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri, belajar bertanggungjawab.

Bagi yang terlepas pandang, Menteri Besar sendiri telah beberapa kali membuat penjelasan kepada media mengenai kritikan pembangkang berhubung isu permukiman.

Bahkan, Zambry tidak serik dihina gara-gara program pemukiman berjanji meneruskan program pemukiman kerana ia berkesan dan berjaya menepati objektif disamping berjaya menyelesaikan masalah rakyat.

Bahkan bagi pegawai kanan SPRM negeri itu, program pemukiman ilham dan  inisiatif kreatif Menteri Besar Perak ini sesuatu yang unik di negara ini—belum pernah beliau lihat inisiatif begini diadakan dimana-mana negeri.

Bagi SPRM negeri, komitmen  Zambry turun padang bersama barisan Exco dan ketua-ketua jabatan dianggap unik kerana  ianya dapat membantu  SPRM menangani gejala rasuah.

Mengulas lanjut, Nooraziah mengakui dan menyokong penuh  program seperti Pemukiman   yang diadakan di setiap daerah yang  memberi kesan positif kepada rakyat sekaligus dapat mengekang gejala rasuah.

 ``Hampir ke seluruh negara saya berkhidmat dan uniknya saya lihat di negeri Perak ini komitmen Menteri Besar turun padang  bersama barisan Exco dan ketua-ketua jabatan mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan yang ditumbulkan rakyat.

`` Komitmen yang ditunjukkan kerajaan negeri pimpinan Dr Zambry ini mendapat maklum balas cepat apabila bertindak segera dalam menyelesaikan permasalahan rakyat sekaligus mengurangkan lagi tohmahan-tohmahan terhadap pemimpin.

``Sebab itu surat-surat layang yang kami terima jauh berkurangan sebab dia (Dr Zambry ) dah turun padang bersama Exco-Exco dan ketua-ketua jabatan mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah rakyat.

``Ketelusan dan komitmen kerajaan yang ditunjukkan Menteri Besar Perak ini tidak pernah saya temui di mana-mana tempat,’’ katanya.

Datuk Nooraziah berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Ikrar Bebas Rasuah 500 kakitangan  Jabatan Kesihatan Negeri Perak di perkarangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Ipoh pada Khamis. Hadir sama Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Hassan Merican.

Menjawab soalan pemberita mengenai isu rasuah di Perak, katanya isu rasuah di negeri ini adalah terkawal kerana semua ketua jabatan memberi sokongan 100 peratus dalam membanteras rasuah.

``Fokus kita sekarang ini hendak membersihkan dulu penjawat awam kerana tidak mahu nama jabatan dan penjawat awam busuk apabila penjawat awam terlibat dengan rasuah,’’ katanya.-11/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 541  tetamu dalam talian