17Oktober2017

Tengku Adnan sedia berdepan saman Sivarasa

 
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau sedia berdepan dengan saman fitnah yang difailkan oleh Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa terhadapnya.
 
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata beliau tidak gentar untuk 'naik turun' mahkamah dalam kes itu.
 
"Saya tunggu sahaja dia nak saman, saman sajalah, nak buat macam mana... Kita akan lawanlah," katanya ketika ditemui pemberita pada program Nur Ramadan Wilayah Persekutan peringkat Parlimen Lembah Pantai, di Kuala Lumpur,Jumaat.
 
Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan program Nur Ramadan Parlimen Lembah Pantai dan menyampaikan sumbangan kepada 1,000 orang asnaf.
 
Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan berhubung ucapan Setiausaha Agung UMNO itu mengenai lawatan Sivarasa ke masjid yang dikatakan pemimpin PKR tersebut sebagai berniat jahat memfitnahnya.-16/6/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 511  tetamu dalam talian