17Disember2017

Persidangan perwakilan UMNO tonjolkan isu rakyat

Kebanyakan isu ditonjolkan pada persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini adalah isu yang dekat di hati rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara yang dibangkitkan itu  telah dikendalikan sebaik-baiknya oleh kepemimpinan di peringkat pusat dan negeri, kata Ahmad Zahid yang merupakan naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti.

Beliau berkata  perwakilan mungkin sedar bahawa kepimpinan kerajaan pusat dan negeri telah dapat menangani banyak isu berteraskan rakyat dengan sebaiknya sehingga tiada usul-usul hangat yang ditonjolkan semasa persidangan perwakilan parti.

“Perkembangan ini turut berlaku susulan kerjasama yang erat bagi penyelesaian isu-isu tersebut bersama dengan ketua setiusaha kementerian dan ketua pengarah jabatan serta agensi,”katanya.-19/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 805  tetamu dalam talian