20Oktober2017

Saya ada banyak soalan untuk Mahathir - Puad

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau ada banyak perkara mahu diajukan kepada Tun Mahathir Mohamad, yang dilaporkan bersedia berdebat dengannya.

Sambil menyifatkan keputusan Dr Mahathir itu tepat, Ahmad Puad berkata, debat itu diharap dapat menjadi platform yang boleh dimanfaatkan rakyat, terutama dalam mendapatkan maklumat tepat dan benar berhubung pelbagai isu.

"Saya difahamkan Tun M kata OK (debat), dengan sesiapa pun boleh untuk berdebat. Ini adalah satu peluang terbaik untuk saya bersemuka dengan beliau dan tidaklah kita hanya saling menjawab di media sosial," katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pengarah JASA berkata, pihaknya menyerahkan kepada penganjur program untuk menentukan lokasi, masa dan tarikh debat itu akan dianjurkan.

Mohd Puad sebelum ini menawarkan diri untuk berdebat dengan Tun M yang mahu berdebat dengan Najib berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada forum Nothing to Hide 2.0.

Dalam perkembangan lain Mohd Puad berkata, JASA memberi tumpuan dan keutamaan dalam dua aspek komunikasi strategik iaitu kandungan dan sebaran maklumat di media sosial bagi memastikan kerajaan dapat menangkis berita fitnah, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi.-25/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 572  tetamu dalam talian