17Disember2017

Sultan Johor pemilik kedua terbesar 7-Eleven

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini merupakan pemegang saham individu kedua terbesar 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd. dengan pegangan sebanyak 8.44 peratus.

Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Abdull Hamid berkata, Sultan Ibrahim memiliki sebanyak 93.70 juta saham di dalam 7-Ele­ven Malaysia sejak Julai 2017.

Katanya, sehubungan itu 7-Eleven Malaysia mengalu-alukan Sultan Ibrahim sebagai satu daripada pemegang saham utama syarikat.

Jelas beliau, peningkatan pe­gangan saham itu seiring dengan pelan 7-Eleven Malaysia untuk memperluaskan perniagaan runcit dan meningkatkan pegangan pasaran serta mengekalkan keuntungan.

“Ini mencerminkan keyakinan Sultan Ibrahim terhadap prestasi dan potensi masa depan 7-Eleven Malaysia.

“Kami percaya melalui pe­gangan saham Sultan Ibrahim, kedudukan 7-Eleven dalam in­­­dustri runcit akan terus di­perkukuhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan berkata, beliau begitu gembira kerana Sultan Ibrahim telah meningkatkan kepentingannya di dalam 7-Ele­ven Malaysia.

“Sultan Ibrahim sememangnya dikenali sebagai seorang pelabur yang bijak dan mempunyai minat tinggi terhadap syarikat dan perniagaan yang memiliki asas kukuh serta potensi pertumbuhan yang baik,” katanya.

7-Eleven mencatatkan perolehan sebanyak RM2.10 bilion dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM70.82 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2016.

Pada Jun lalu, 7-Eleven Malaysia menyaksikan Berjaya Retail Bhd., (B-Retail) melupuskan sebanyak 6.5 juta saham, mengurangkan kepentingannya kepada 37.05 peratus atau 411.37 juta saham.-9/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 699  tetamu dalam talian