21April2018

Ayer Hitam bakal menjadi ‘Waterloo’ bagi Chin Tong...

Kini ramai ahli parlimen yang bergelar katak, kerana pandai melompat parti. Ada juga yang gemar keluar parti dan menubuhkan parti baru, tetapi golongan ini tidak diberikan gelaran setakat ini.

Namun untuk DAP, ia adalah parti yang pandai melompatkan ahli parlimennya ke kawasan lain. Ini kononnya kerana rakyat memerlukan calonnya untuk menumbangkan calon Barisan Nasional terutamanya calon MCA.

Hakikatnya itu hanyalah tipu helah DAP dalam menyemarakkan api kebencian rakyat terhadap kerajaan dan meraih undi di dalam proses tersebut. Apabila semuanya berakhir, calon tersebut tidak kelihatan lagi di kawasan parlimennya sehinggalah beberapa bulan sebelum pilihanraya.

Maka, kita tidak terkejut apabila DAP mengumumkan Liew Chin Tong sebagai calon Pakatan Harapan bertanding di parlimen Ayer Hitam, yang diwakili Timbalan Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong.

Tetapi ramai yang tidak perasan mengapa Liew Chin Tong dinamakan sebagai calon bagi kawasan ini selain daripada menjadi Pengerusi DAP Johor dan terkenal dengan gelaran “giant slayer” selepas menewaskan calon BN Chia Kwang Chye di Bukit Bendera pada tahun 2008 dan Dr Hou Kok Chung di Kluang pada tahun 2013.

Pada dasarnya isi tersurat menampakkan gayanya sebagai “giant slayer” dipilih tetapi mungkin isi tersiratnya adalah kerana beliau pernah memenangi pilihanraya parti pada tahun 2013 dengan undi terbanyak dan menewaskan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Kemungkinan rasa tergugat dengan keputusan sebegini terhadap dinasti anak beranak Lim, maka satu keputusan drastik dibuat dengan menghantar Chin Tong ke Ayer Hitam untuk berhadapan dengan Wee.

Kalau kita ingat sejarah silam apabila Kit Siang bertindak dari belakang mengongkong kedudukan dan kuasa Lee Lam Thye pada tahun 90an walaupun Lee pada masa itu adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Tindakan ini akhirnya memaksa Lee keluar dari parti dan bersara dari arena politik kerana tidak tahan dengan penikaman dari belakang oleh partinya sendiri.

Mungkin nasib sebegini akan menimpa Chin Tong kerana beliau dilihat sebagai orang yang terdekat boleh menggugat kedudukan Guan Eng kelak.

Dimana reputasi Chin Tong naik mendadak selepas dikreditkan membantu DAP memenangi negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 sebagai pakar strategi politiknya.

Tetapi keadaan amat berbeza kali ini, adakah Ayer Hitam akan menjadi “Waterloo” Chin Tong?

Malaysia sejak merdeka telah bertukar Perdana Menteri sebanyak enam kali dan barisan kabinetnya berkali-kali. Sejarah kepimpinan DAP pula dipenuhi dengan pengusiran pahit dan pembelaan peribadi terutamanya apabila bekas pemimpin DAP Lee dan Hu Sepang dipaksa mengundur dari kedudukan politik mereka.

Mungkin nasib yang sama akan menimpa Chin Tong? Hanya masa yang akan menentukannya.-21/3/2018

Penulis merupakan Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1331  tetamu dalam talian