17Oktober2017

Harga minyak RM2.70, satu lagi kisah dongeng Rafizi

Pada 6 Februari lepas, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan di Malaysiakini, berkata harga RON95 akan jadi RM2.70 pada bulan Jun 2017.

Rafizi kata harga minyak akan naik sebab ringgit jatuh.

"Itu lambang betapa merudumnya nilai ringgit di bawah pentadbiran Najib" kata Rafizi.

Rafizi mendesak Datuk Seri Najib perkenalkan harga syiling bagi RON95 pada harga RM2 seliter. Sekarang ini sudah bulan Jun. Cerita dongeng yang Rafizi buat pada Februari itu sebenarnya karut semata mata.

Harga RON95 adalah RM2.05 seliter pada 8 Jun dan semalam, (15 Jun) harga turun lagi ke paras bawah RM2 iaitu RM1.98 seliter.

Tidak perlu pun harga syiling seperti dicadangkan Rafizi. Ini bukti Rafizi hanya buat cerita dongeng sahaja.

Harga RM1.98 di Malaysia ini adalah harga petrol di tangga ke-11 termurah di dunia.

Ianya jauh lebih murah dari harga petrol di Nigeria serta lebih murah dari harga bahan api itu di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sejak 1 Jun harga petrol RON95 sudah mula merekodkan penurunan sebanyak 2 sen dari RM2.12 kepada RM2.10.

Kemudian, pada tempoh bermula 8 Jun hingga 14 jun ia turun lagi 5 sen kepada RM2.05 sebelum turun lagi untuk tempoh 15 Jun, turun sebanyak 7 sen menjadi RM1.98.

Sudah tiga minggu harga minyak turun. Kalau naik semuanya salah Najib, tetapi kalau turun diam diam sahaja Rafizi masuk bersembunyi dalam gua. Kenapa Rafizi tidak buat kenyataan bahawa keadaan negara tidak bahaya bila minyak RON95 jadi RM1.98 seliter?  

Ada nampak harga barang turun bila harga minyak turun di bawah RM2 seliter?

Ada nampak harga makanan di bazar Ramadhan, baju raya dan kuih raya turun sebab minya murah? Sekali lagi logik minyak Rafizi karut belaka.

Apabila harga meningkat sahaja ia akan menarik perhatian Rafizi kerana itu adalah kesempatan untuk buat rakyat marah pada kerajaan.

Kedudukan ringgit juga makin mengukuh pada nilai USD $4.25 bukannya USD$5 seperti yang dimahukan pembangkang.

Ramalan Rafizi mengenai harga RON95 dan nilai ringgit kedua duanya tidak betul.

Rafizi hanya kelentong semata mata.  15 November 2016, Rafizi sudah dihukum penjara 18 bulan kerana bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Baru baru ini dalam satu "posting" di Facebooknya pada 3 Jun 2017, Rafizi cakap mungkin ini Ramadhan terakhirnya sebagai ahli parlimen. Sudah sudahlah Rafizi, bukan sekali dua buat cerita fitnah dan karut. Dah berpuluh kali dah.

Bilalah Rafizi hendak benar benar insaf? Kita sudah berada di 10 hari terakhir Ramadhan.

Selain Tun Mahathir Mohamad yang perlu kembali ke tikar sejadah, Rafizi juga perlu dinasihatkan oleh Nik Abduh Nik Aziz untuk kembali ke tikar sejadah juga.

Cukup cukuplah menjual cerita dongeng di Malaysia ini. Pintu penjara sudah memanggil, bilalah Rafizi hendak insaf ini.-15/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 451  tetamu dalam talian