23Oktober2018

Isu tanah felda: Synergy Promenade saman Razali RM100 juta

Sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) menfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap bekas Anggota Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim berhubung beberapa kenyataannya mengenai penglibatan SPSB sebagai pemaju utama projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), di Jalan Semarak Kuala Lumpur.

SPSB selaku plaintif menfailkan saman itu semalam di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur melalui Tetuan Reza Rahim &Rajivan dengan menamakan Razali sebagai defendan.

Syarikat itu dalam kenyataannya mendakwa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Razali adalah palsu, tidak berasas dan telah mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.

SPSB berkata syarikat itu sebelum ini telah menyampaikan satu notis tindakan kepada defendan menuntutnya memohon maaf, bagaimanapun beliau gagal berbuat demikian.

Syarikat itu memohon satu perintah injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, juga menuntut ganti rugi RM100 juta serta mengemukakan permohonan maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh SPSB.-17/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 544  tetamu dalam talian