28Jun2017

Mengapa Mahathir bayar Yayasan Clinton USD5juta...?

Jika dakwaan bahawa Tun Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat 'bersih' ataupun duit parti baharu beliau.

Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

Jika benar semua tindakan Tun M kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan kerana saya percaya USD 5 juta itu dapat membantu ramai orang.

Jika perbuatan Tun M ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu dimana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.

Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.-18/6/2017

Penulis merupakan Ketua Pemuda UMNO Pahang


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 819  tetamu dalam talian