19Disember2017

Rahman balas kenyataan Guan Eng

YAB Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan yang berjela di mana kandungannya sarat dengan serangan peribadi terhadap saya, dan kali ini beliau turut mendakwa saya tidak tahu mengira dan mahu saya kembali ke sekolah untuk mempelajari perakaunan.

2. Sebagaimana kita tahu, Guan Eng sebelum ini sudah mengakui bahawa 95 peratus pengurangan hutang di Pulau Pinang adalah ekoran bantuan dari Kerajaan Persekutuan. Ia sememangnya bukan disebabkan ‘urus tadbir yang baik’ atau polisi CAT memandangkan perbelanjaan operasi tahunan Kerajaan DAP Pulau Pinang secara konsisten melonjak hingga menjadi 500 peratus berbanding tahun 2008.

3. Bagaimanapun, Guan Eng menafikan kenyataan saya bahawa tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan dan perjanjian penstrukturan air 2011, hutang kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja tidak dapat dikurangkan sebanyak 95 peratus malah akan meningkat tiga kali ganda dari jumlah asalnya. Sebab itu Guan Eng berkata saya perlu belajar perakaunan.

4. Perkiraannya sebenarnya mudah. Saya terkejut Guan Eng tidak faham.

5. Hutang Kerajaan Pulau Pinang adalah RM687.8 juta pada 2010. Berikutan perjanjian penstrukturan air pada 2011, Kerajaan Persekutuan kemudian mengambil alih hutang RM655.24 juta dari jumlah itu dan menjadikan bakinya hanya RM32.55 juta atau 95 peratus pengurangan hutang.

6. Bagaimanapun, Guan Eng tidak mengambil kira bahawa sebagai sebahagian dari perjanjian penstrukturan air 2011 itu, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan dana berbentuk geran berjumlah RM1.2 bilion untuk memperluaskan Empangan Mengkuang.

7. Jika perjanjian penstrukturan air pada 2011 itu dibatalkan, sudah tentu hutang Kerajaan Pulau Pinang akan kembali kepada RM687.8 juta dan Pulau Pinang perlu membayar kembali geran RM1.2 bilion.

8. Ini bermakna jumlah hutang Kerajaan Pulau Pinang akan menjadi RM1,887.8 juta (RM1.8 bilion) atau hampir tiga kali ganda dari hutang RM687.8 juta sedia ada. Sebab itulah Kerajaan Pulau Pinang tidak mahu membatalkan perjanjian penstrukturan air 2011 itu biarpun saya mencabar mereka untuk berbuat demikian.

9. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada Guan Eng kerana mengesahkan geran diberikan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.2 bilion kepada Kerajaan Pulau Pinang yang turut membuktikan satu lagi propaganda DAP kononnya Kerajaan Persekutuan tidak membantu Pulau Pinang adalah palsu.

10. Guan Eng turut menafikan lebihan bajet Kerajaan Pulau Pinang bukan disebabkan penjualan tanah negeri, aset milik kerajaan dan hakmilik tanah.

11. Pasukan BNSC ada senarai aset bernilai RM37 bilion dijual atau diperdagangkan Kerajaan Pulau Pinang sejak 2008.

12. Jika Guan Eng bersetuju, saya boleh meminta pasukan BNSC untuk menunjukkan kepada Guan Eng senarai itu untuk beliau sahkan, nafikan atau perbetulkan. Apa kata anda, Guan Eng?-8/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1194  tetamu dalam talian