26Jun2017

Senator Fahariyah cabar DoJ dedah siapa penghasut

Saya merujuk kepada saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Bagi saya, reputasi dan DoJ terus terjejas dan menjadi bahan jenaka dipersada dunia kerana dakwaan terbaharu mereka berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ini tidak berasaskan fakta dan tidak dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu.

Ini kerana Malaysia melalui Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) sudahpun menjalankan siasatan terperinci dan tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng 1MDB sepertimana didakwa DoJ.

Kenyataan menghasut dari DoJ ini terus dikeluarkan tanpa sebarang asas dan bukti yang kukuh bagi mempengaruhi orang ramai khuusnya rakyat yang mudah mempercayai sesuatu tanpa diselidik terlebih dahulu.

Kenyataan tanpa usul periksa ini juga sekaligus dijadikan modal untuk individu dan pihak tertentu demi kepentingan peribadi dan agenda tertentu untuk mencemarkan imej Malaysia dan pentadbiran negara.

Saya juga percaya tindakan DoJ ini didorong atau dihasut pihak tertentu yang cemburu dengan keamanan dan kemakmuran dikecapi negara.

Justeru saya cabar DoJ untuk mendedahkan siapa sebenarnya penghasut atau pengadu yang mempunyai niat jahat menganggu-gugat pentadbiran negara.

Malaysia tidak perlukan campurtangan asing termasuk DoJ dalam mengurustadbir negara kerana kita sentiasa mengamalkan dasar menghormati prinsip dan perlembagaan mana-mana negara sepertimana dilaksanakan dan dipraktikkan ketika ini.

Bagi saya ini adalah sikap terdesak pihak tertentu yang amat desperado bagi merosakkan imej kepimpinan negara.-19/6/2017

Penulis merupakan Senator Dewan Negara merangkap Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO.


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 672  tetamu dalam talian