21Ogos2017

Marilah kita bekerja... Zambry ulas desas-desus digugurkan MB

Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir merakamkan rasa terima kasih beliau kepada rakyat Perak yang mahukan beliau terus kekal menerajui negeri ini sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU ke- 14 nanti.

Katanya, beliau amat menghargai keprihatinan mereka ini sambil berharap agar  isu tentang kedudukannya tidak dipolemikkan lagi.

"Saya ingat polemik tentang saya ini sudah berbulan -bulan dibicarakan... saya ucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin tentang saya.

``Saya menghargainya, bagi saya cukuplah tak payah kita berpolemik lagilah... tumpuan yang paling baik saya ingin bekerja dan baru-baru ini pun Bernama pun ada interview, Strait Times pun ada interview, Chinese paper pun ada interview saya, saya telah menyatakan lets work, marilah kita bekerja, saya berterimalah atas keprihatinan rakyat,’’ katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada media selepas melancarkan  Pangkor Dialoge Soft Launch di Hotel WEIL, Ipoh pada Isnin.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan, Dr Mazlan Kamis.

Pergerakan Pemuda UMNO Perak yang bermesyuarat pada Ahad menzahirkan sokongan padu kepada Dr Zambry dan mendesak agar beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU ke-14 nanti.

Sokongan sama turut disuarakan Pengerusi myPPP Perak, Ong Chee Keng yang berpendapat, Perak masih lagi memerlukan khidmat bakti Dr Zambry untuk terus membawa pembangunan dan perubahan sosio ekonomi rakyat.-8/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 683  tetamu dalam talian