22Ogos2017

PM bakal umum visi lengkap TN50 tahun hadapan

Aspirisi lengkap berbentuk dokumen bagi visi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Hari Malaysia tahun depan.
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau ketika ini sudah berjaya menghimpunkan hampir 40,000 aspirasi daripada kira-kira 1.5 juta belia bagi pelan perancangan Malaysia untuk 30 tahun akan datang itu.
 
“Saya akan mendedahkan aspirasi terkumpul sejak Januari lalu itu pada Oktober depan bagi membolehkan orang ramai mengundi aspirasi pilihan mereka.
 
“Selepas itu, aspirasi itu akan dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk dianalisis sebelum Perdana Menteri mengumumkan apirasi muktamad visi TN50 pada September tahun depan, iaitu Hari Malaysia,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada Program TN50x dan Masa Depan Malaysia: Sudut Pandangan Korporat, hari ini di Ibunegara.
 
Program itu menghimpunkan kira-kira 80 ahli korporat daripada pelbagai bidang yang juga ahli Kelab Perniagaan Kuala Lumpur (KLBC) bagi mendapatkan saranan serta aspirasi mereka berhubung visi TN50.- 16/6/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1780  tetamu dalam talian