26Jun2017

DUN Perak Kecoh... DAP kitar isu basi

Sidang Dewan Undangan negeri Perak (DUN) hari ke keempat pada Jumaat kecoh gara-gara kelakuan wakil rakyat pembangkang yang mempamer perangai provokatif mereka.

Ada saja yang menyebabkan jawapan diberi kerajaan tidak memuas hatinya lalu melakukan provokasi sehingga tergamak menggunakan pakai perkataan kasar lagi keji. Perkataan “pembohong” yang begitu dibenci umum dituju pada Menteri Besar—ia sekali lagi mengenai isu MB Inc.

Yang kita dimaksudkan DUN hilang arah tuju ialah  perangai Pengerusi DAP negeri, yang juga ADUN Kepayang, Nga Kor Ming berbahas dengan, selain mengitar isu-isu lapuk, juga menggunakan perkataan “kotor” serta dakwaan jijik.

Kedengaran sekali sekali  beliau memanggil ADUN Pangkor pembohong (ADUN Pangkor ialah Dato’ Seri Dr. Zambry Abd  Kadir, juga MB Perak).

Kor Ming yang menggunakan kesempatan berbahas tidak puas hati penjelasan Menteri Besar mengenai MB Inc yang sebelum ini dia juga, didalam sidang dan di luar dewan, telah membangkitkan isu sama—mengapa MB Inc., tidak diaudit.

Hakikatnya beberapa hari lalu Zambry dengan  panjang lebar menjawab isu MB Inc.;malah Sultah Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam titah ucapan turut memuji konsep perniagaan agensi kerajaan ini.

Baginda dipetik berkata: “MB Inc., telah menerajui sector pembangunan mineral secara berhemah,mengurus asset negeri secara cekap,membangunkan semula tapak bekas lombong dan memulihara warisan perlombongan. Pelan Tindakan Pembangunan Mineral negeri Perak yang diurus oleh MB Inc., telah menarik minat negeri-negeri lain untuk mempelajari keberkesanan strategi dan pengurusan mineral yang diperkenalkan di negeri ini.”

Untuk rekod inilah isu yang sering diperbesar-besarkan khusus oleh Nga  seperti mahu menjadikan isu ini sama seperi isu IMDB, yang berjaya mengheret dan sekaligus menjejaskan imej kerajaan pimpinan DS  Najib Razak.

Tetapi yang menarik Nga barangkali terlupa wakil BN bukannya tidak boleh berhujjah, sama hebat dengannya, dalam isu sama lebih-lebih lagi kalangan mereka ini juga berpelajararan tinggi dan mereka juga ada fakta, bukan omongan.

Justeru kenalah buku bertemu dengan ruas seperti berlaku apabila ADUN BN mewakili Slim, Khusairy Talib turut memberikan penjelasan. Penjelasan turut dibuat dalam  satu sidang media selepas isu MB Inc. dipanaskan Nga ketika berbahas.

Dengan bantahan Khusairi Abdul Talib (BN-Slim), yang mempersoalkan kenyataan MB Selangor sebelum ini yang mengatakan MB Inc Selangor tidak perlu membentangkan akaun di Dewan Undangan Negeri Selangor, DUN jadi kecoh.

Yang Dipertua DUN S. Thangasvari bagaimanapun akhirnya menangguhkan sesi perbahasan kepada 10 April ini. Ini selepas keadaan semakin diluar kawalan.

Khushairy selain menjelaskan isu MB Inc., turut mengait dengan sikap double amalan standard DAP yang tidak mengkritik negeri-negeri yang mereka kuasai yang tidak mengaudit syarikat atau agensi kerajaan masing-masing.”Mengapa ada double standard . . . “?

Kita ingin petik ulasan ADUN Slim yang berkata jika pembangkang   mahukan keadilan, mereka perlu terlebih dahulu meminta  kerajaan negeri Selangor membentangkan akaun MB Inc Selangor di dalam DUN negeri itu.

Ini katanya  MB Inc Selangor  telahpun memindahkan harta dalam bentuk tunai dan asset berjumlah RM30 bilion daripada MB Inc Selangor kepada sebuah syarikat Darul Ehsan Invesment Group (DEIG).

“Kalau berbanding dengan negeri Perak, perniagaan yang dilakukan MB Inc Perak tidak sampai RM1 bilion pun tetapi kenapakah pihak pembangkang beria-ia sangat mahu akaun MB Inc Perak dibentangkan, sedangkan yang terlibat di dalam sebuah negeri yang ditadbir oleh DAP dan PKR di Selangor menjalankan akiviti perpuluh-puluh bilion tetapi mereka memejamkan sebelah mata,” katanya.

Beliau berkata tindakan Selangor merupakan satu ketidakadilan dan ketidak ketelusan pemimpin-pemimpin sokongan mereka.

“Bagi mereka, melihat negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang itu semuanya baik tetapi di negeri Perak dan berapa negeri lain yang ditadbir BN, nampak semuanya buruk sedangkan kita tengok CMI di Pulau Pinang mereka juga tidak mendedahkan secara telus aktiviti yang dilakukan di Pulau Pinang itu sendiri,” katanya.

Khushairy menambah jika dibandingkan dengan MB Inc Perak, entity ini mempunyai lembaga pengarah yang lengkap, termasuk MB selaku Pengerusi dan Exco kerajaan negeri dalam jemaah lembaga pengarah.

“Tetapi di Selangor, hanya Menteri Besar dan juga dua orang yang tiada kena mengena dengan Exco kerajaan negeri, malah pembentukkan MB Inc di Selangor dan keputusan untuk memindahkan aset MB Inc Selangor kepada DEIG tidak mendapat kelulusan daripada pihak Exco dan kawatankuasa yang sepatutnya dibentuk di kalangan Exco kerajaan negeri dan juga wakil-wakil rakyat.

“Tetapi kenapa mereka minta MB Inc di Perak ini melakukan suatu perkara yang tidakpun berlaku di dalam negeri Selangor itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, MB Inc Perak telahpun menjana ekonomi bagi rakyat negeri Perak dan sehingga Mac 2017 sebanyak RM44.6 juta telahpun dikumpul dalam bentuk royalti daripada pasir dan tanah merah.

Beliau berkata lebih menarik apabila  wang berjumlah RM44.6 juta itu telah secara jelas dikembalikan kepada rakyat di Perak dalam bentuk projek-projek dan program-program yang dilaksanakan untuk kesejahteran rakyat.

Khushairy berkata mereka ( DAP dan PKR) perlu berpijak dibumi nyata, jangan melihat apa yang berlaku di negeri Perak ini sebagai semuanya buruk tetapi dalam masa yang sama cuba menutup sebelah mata terhadap kelemahan-kelemahan yang wujud dalam negeri-negeri yang mereka tadbir, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.

Untuk rekod pada 18 November 2015, Menteri Besar menjelaskan langkah kerajaan negeri tidak perlu membentangkan laporan audit MB Inc., di sidang DUN ketika itu. Ini katanya  kerana persidangan kali ini dikhususkan bagi membahaskan Bajet 2016 serta beberapa enakmen lain dan bukan membentangkan laporan berkaitan agensi kerajaan seperti SEDC, SADC, LAP dan SSI IDR.

"Ketua pembangkang keliru, dan niat mereka yang mahu laporan mengenai MB Inc dibentang kali ini adalah untuk mengalih pandangan rakyat terhadap permasalahan parti pembangkang, dan isu yang dipilih oleh mereka dalam MB Inc telahpun dibuat plotnya daripada awal.

"Sebelum Sidang Dun, mereka sudah membuat plot itu dan melakukan perbuatan yang amat memalukan iaitu bawa plakad ke dalam Dewan dan mengangkatnya selepas pembentangan (Bajet 2016) semalam," katanya dalam sidang akhbar.\

Ini ekoran langkah Ketua Pembangkang Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin membangkitkan isu MB Inc ketika membahaskan Bajet 2016. MB mendakwa langkah mempamer plakad ini dalam siding DUN ketika itu  satu bentuk permainan yang dibuat oleh pembangkang untuk mewujudkan satu persepsi negatif terhadap kerajaan negeri.

"Semalam Ngeh telah membuat satu lagi kenyataan dengan mengatakan 'Siapa Penipu Sama Ada Menteri Besar atau CEO MB Inc... (hakikatnya) bukan saya atau CEO MB Inc yang menipu tetapi Ngeh yang menipu dan memanipulasi (isu ini).

"Ngeh sebagai peguam tahu setiap perkara dalam perjanjian yang dibuat dengan syarikat yang berkepentingan dan sebagainya, tak semudah itu nak didedahkan kepada umum...saya amat kecewa dengan perbuatan beliau kerana cuba membangkitkan perasaan benci rakyat," katanya.


Kemudian  baru-baru ini pada 5 April lalu, MB memberitahu sidang media di Ipoh  tindakan  pembangkang mengitar semua isu kitar semula  sebagai sama sekali tidak relevan. Tindakan mereka masih mengutarakan isu kitar semula  . .  .” sebagai taktik untuk menarik kepercayaan rakyat”.

Katanya isu MB Inc., dijawab berkali-kali namun masih lagi menjadi persoalan dan dibangkitkan dalam sidang DUN.“Mereka mempersoalkan audit MB Inc tidak dibentangkan di persidangan DUN Perak sedangkan MB Inc turut wujud di negeri-negeri lain, mereka pun tidak berbuat demikian.

“Bila ditanya kenapa perlu merujuk kepada negeri lain untuk audit berkenaan, bukankah mereka gemar membandingkan kejayaan dan kegagalan Perak dengan negeri lain?

“Boleh, kalau nak audit, sesetengah perkara di MB Inc diusahakan oleh anak syarikat, kalau mereka nak laporan audit boleh pergi dan minta,” katanya.

Katanya  pembangkang mengulang-ulang semula kesemua isu tersebut menampakkan seolah-olah MB Inc menyembunyikan sebuah skandal besar.

“MB Inc adalah sebuah perbadanan yang menjana keuntungan dan pulangan buat kerajaan negeri, mengawal ketirisan mineral dan pengurusan pasir kita diiktiraf di peringkat kebangsaan, mungkin mereka berasa tergugat dengan pencapaian ini barulah mereka bertindak mengecam MB Inc,” katanya.-10/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 756  tetamu dalam talian