17Oktober2017

Budiman nyanyi lagu raya

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi merakam semula lagu 'Suasana Hari Raya', khusus untuk masyarakat di kawasan diwakilinya itu sempena Aidilfitri tahun ini.

Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, lagu dendangan penyanyi asal Anuar Zain dan Ellina Razak itu dirakam semula di Studio Awang BPR, di Pandan Indah, pada 5 Jun lalu.

Lebih menarik, katanya, video muzik berdurasi 3 minit 19 saat itu turut menampilkan kumpulan River Buskers yang dianggotai lima anak muda berasal dari Kampung Sungai Leman, Sekinchan.

"Sejak menjadi ADUN Sungai Panjang, setiap tahun saya menyanyikan satu lagu raya atau cerita pendek. Apabila saya buat setiap tahun, ramai rakan saya bertanya apa lagu raya untuk tahun ini?," katanya.

Pada tahun lalu, Budiman membuat rakaman semula lagu Bersabarlah Sayang dendangan asal penyanyi Sanisah Huri.-14/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 439  tetamu dalam talian