21Ogos2017

Engku Imran nikah pelakon jelita Indonesia bulan depan

Selepas lebih lima bulan mengenali antara satu sama lain, personaliti media tanah air, Engku Emran Engku Zainal Abidin memilih untuk menamatkan zaman dudanya dengan pelakon jelita dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

Sejak mula dihidu oleh media tempatan dan Indonesia mengenai hubungan rapat mereka, baik Engku Emran mahupun Bella enggan memberi sebarang jawapan terhadap tanda tanya itu.

Sebaliknya, hanya laman sosial pasangan itu yang memberi bayangan bahawa kedua-duanya se­dang dilamun cinta.

Menurut sumber terdekat Engku Emran, majlis pernikahan pasangan itu akan dilangsungkan dalam suasana sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka di sebuah tempat yang tidak akan didedahkan.

“Segala persiapan sedang diatur. Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Keluarga Bella dari Indonesia juga akan bersama-sama untuk meraikan hari bahagia kedua-dua mereka,” kata sumber itu.

Selepas mendirikan rumah tangga, Bella difahamkan akan tinggal di Malaysia untuk membina kehidupan bersama Engku Emran.

Dalam laman sosial sebelum ini, Bella pernah memuat naik sekeping foto menggambarkan dia dan Engku Emran bakal disatukan sebagai suami isteri.

Menerusi foto itu Bella turut menulis kapsyen: “Im blessed and thank u Allah for Every day, Everything, and E (saya bersyukur dan terima kasih Allah untuk setiap hari, segala-galanya dan E (merujuk pada Engku Emran),” tulis Bella yang turut menambahkan emoji cinta di akhir tulisannya.

Utusan Malaysia turut difahamkan, selepas mendapat persetujuan daripada Bella untuk disunting sebagai isteri, Engku Emran berlepas ke Jakarta untuk bertemu ibu dan ayah wanita berdarah Sunda yang mempunyai jumlah pengikut seramai 17.2 juta orang di laman sosial Instagram itu.

Pasangan Engku Emran, 42, dan Bella, 29, diperkenalkan antara satu sama lain oleh pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned sekitar Mac lalu.

Walaupun sudah menyayangi antara satu sama lain, namun sumber itu berkata, Engku Emran dan Bella memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan seperti yang lazim dilakukan oleh kebanyakan pasangan, sebaliknya, memberi keutamaan pada majlis penrikahan.

Bella merupakan artis wanita yang sangat masyhur di Indonesia dan sudah membintangi banyak filem popular termasuk Syurga Yang Tak Dirindukan 2 yang ditayangkan di Malaysia baru-baru ini.

Utusan Malaysia difahamkan, Engku Emran juga sudah memperkenalkan bakal isterinya itu kepada anak perempuannya, Engku Aleesya, 8.

“Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,” ujar sumber itu lagi.

Engku Aleesya merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan pertamanya dengan Erra Fazira.-8/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 600  tetamu dalam talian