17Oktober2017

Kumpulan XPDC jelajah Eropah Oktober ini...

Kumpulan rock negara, XPDC sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak selama lebih sebulan untuk menjayakan program kembara dakwah di bumi Eropah pada Oktober depan.

Bagi ahli kumpulan ini yang dianggotai Ali (vokalis), Izo (gitar), Eddie (bass) dan Lola (dram), mengorbankan diri untuk perjuangan kepada agama Islam adalah lebih utama.

Ali, 49, berkata, segalanya sudah diuruskan dan isteri mereka akan menjaga anak-anak dengan baik sepanjang mereka berdakwah di Eropah nanti.  

"Walaupun berat hati nak meninggalkan mereka tapi demi menjayakan kembara dakwah ini, kami terpaksa mengorbankan diri,” katanya.

XPDC ditemui pada sidang media kembara dakwah XPDC ke bumi Eropah di Hotel Pacific Regency, Kuala Lumpur pada Selasa.   

Tambah Eddie pula, program ini adalah salah satu cara untuk membawa umat Islam secara berperingkat menuju kepada kehidupan yang lebih Islamik.  

"Tidak semestinya ulamak dan cendiakawan Islam sahaja yang boleh melakukan aktiviti dakwah ini. Kita sebagai umat Islam yang mempunyai ilmu juga boleh melakukannya.  

"Namun dengan syarat, kita sentiasa berada dalam landasan yang betul," katanya.

Kumpulan heavy metal popular ini bakal menjayakan program bermula di London, Manchester, Liverpool, Dublin, Paris dan Amsterdam bagi mengadakan persembahan termasuk berdakwah.

Menurut ketua projek kembara tersebut, Mubarak Hatta, tujuan utama mereka ke negara itu adalah untuk mendekati masyarakat Islam terutamanya warga Malaysia yang menetap di sana.

"Dengan itu, kita dapat melihat cara hidup mereka, bagaimana melakukan ibadah, mendapatkan makanan halal dan sebagainya.

"Selain mendekati masyarakat Islam di Eropah, XPDC juga akan menghiburkan peminat di negara-negara yang dilawati menerusi acara persembahan.

"Kami juga membawakan Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed yang akan berkongsi ilmu dan juga pelakon, Shamsul Ghau Ghau untuk turut serta sebagai pengacara program," kata Hatta.  

Dibawakan khas oleh Pharmasa Nutrition Sdn Bhd, program kembara ini akan dirakamkan dalam bentuk travelog sebanyak 13 episod dan akan disiarkan di sebuah stesen televisyen tanah air.-15/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 510  tetamu dalam talian