21Ogos2017

Rahsia wajah Ketua Menteri Kerala seiras Mahathir?

Sebelum ini, MYNEWSHUB pernah menyiarkan kisah seorang ahli politik India, Pinarayi Vijayan yang menggemparkan dunia apabila memiliki wajah seiras Tun Mahathir Mohamad sendiri!

Kisah itu tular dalam media sosial bukan sahaja di Malaysia, bahkan seantero global kerana ‘satu dunia’ kenal bekas perdana menteri penuh kontroversi tersebut dan kebetulan pernah dihina pembangkang sebab asal keturunannya.

Bayangkanlah sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia, Mahathir dikutuk lawan politiknya termasuk diberi gelaran ‘Kerala’ konon merujuk beliau berasal dari negeri di selatan India itu sehingga menjadi bahan jenaka pembangkang.

Pun begitu, tidak ramai sedar ada juga banyak persamaan antara Ketua Menteri Kerala ke-12 tersebut dan Mahathir sendiri selain iras wajah mereka berdua yang mencetuskan minat luar biasa ramai netizen di India dan Malaysia.

Isu ini makin ‘panas’ apabila Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan latar belakang identiti Mahathir yang sebenarnya sudah diketahui umum sejak dahulu lagi.

Untuk rekod, Kerala ialah negeri ramai penduduk etnik Malayali dan bertutur bahasa Malayalam; secara kebetulan ramai berhijrah ke Malaysia (ketika itu Tanah Melayu) sebelum Perang Dunia Kedua untuk membina hidup baharu.

Pada 25 Mei 2016 lalu, Kerala mendapat ketua kerajaan negeri baharu iaitu Pinarayi; yang kini berusia 72 tahun, setelah Parti Komunis India atau Marxist berjaya memenangi 58 peratus undi dalam sesi pilihan raya tempatan.

Sebelum cerita lebih lanjut, perlu dinyatakan perbezaan besar antara Pinarayi dan Mahathir ialah tokoh Kerala itu memegang tegar fahaman ekonomi komunisme manakala Mahathir lazimnya dirujuk sebagai pengamal kapitalisme.

Apabila sebut komunis, mesti ada terbayangkan gerila dalam hutan yang ‘bunuh’ orang. Sebenarnya, ideologi itu di India lebih kepada sistem ekonomi yang menentang pemilikan individu atau disebut memiliknegarakan iktisad.

Mengikut komunisme, apa-apa hasil dari sesebuah negara sepatutnya dimiliki oleh semua rakyat, bukan kroni atau individu rapat dengan pemimpin. Antara objektif utama komunisme ialah konon bantu rakyat yang hidup susah.

Kerajaan ‘memiliki’ semua hasil perniagaan orang kaya untuk diagih kepada rakyat dan bukan diswastakan kepada syarikat tertentu seperti dilakukan Mahathir ketika memerintah hingga membebankan kos sara hidup orang miskin.

Bagaimanapun selain daripada perbezaan besar berkaitan prinsip ekonomi, Mahathir dan Pinarayi sebenarnya ada beberapa persamaan ‘unik’ yang mungkin tidak ramai tahu. Jom kita lihat pula apakah antara persamaan tersebut:

1. Kedua-duanya datang daripada keluarga yang kurang berada. Pinarayi merupakan anak kepada pembuat todi (sejenis arak diperbuat daripada pokok kelapa sawit). Mahathir pula pernah jual pisang goreng waktu muda dahulu.

2. Pinarayi dilahir dan dibesarkan di Kerala pada 1945 yang ketika itu sebahagian daripada negeri Madras. Ada yang mengatakan keturunan moyang Mahathir pun datang dari Kerala sebelum datang ke Malaya untuk mencari rezeki!

3. Kedua-duanya pernah kena ‘tendang’ daripada parti masing-masing, tetapi sebab berbeza. Pinarayi dipecat atas tuduhan korupsi, Mahathir pula sebab lantang kritik Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

Akhir sekali mungkin riak wajah serius dan cara senyum mereka dikatakan saling tidak tumpah, tetapi perbezaan terbesar, Pinarayi tidak pernah ‘khianati’ partinya sendiri untuk sekongkol dengan lawan!.-3/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 577  tetamu dalam talian