19Disember2017

Brazil arah tentera gempur sarang penjenayah

Beribu-ribu anggota tentera Brazil menyerbu beberapa kawasan setinggan dalam operasi untuk memburu kumpulan penjenayah.

Serbuan itu menyebabkan beberapa kawasan di bandar Rio De Janerio kelihatan sama seperti medan perang sempena ulang tahun pertama pembukaan Sukan Olimpik.

Kira-kira 1,300 anggota polis dan 3,600 tentera dikerahkan untuk menggempur lima kawasan setinggan dalam operasi yang bermula seawal pukul 4 pagi (waktu tempatan), kata perkhidmatan keselamatan dalam satu kenyataan.

Operasi itu dilakukan untuk menghentikan kegiatan jenayah kumpulan berkenaan yang dikatakan terlibat dalam rompakan trak komersial menyebabkan satu waran tangkap dikeluarkan ke atas 40 individu.

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 10,000 kes rompakan kargo berlaku pada tahun lalu.

“Setakat ini, dua penjenayah dipercayai terbunuh dalam serangan itu,” kata ketua keselamatan negeri Rio de Janeiro, Robert Sa.

Hakikatnya, keputusan untuk menempatkan lebih ramai anggota tentera yang lengkap bersenjata di beberapa jalan paling berbahaya di sini dikatakan sebagai langkah bagi mengelak daripada keadaan menjadi tidak terkawal.

Jumlah tentera itu adalah sebahagian daripada 8,500 anggota yang dikerahkan di bandar itu pada bulan lalu selepas pihak polis gagal mengawal keadaan.

Sementara itu, di Lins Favela yang kurang dikawal selia selain kegiatan beberapa kumpulan penjenayah semakin aktif di sebalik kawasan hutan berbukit menyebabkan pasukan tentera terpaksa mengadakan kawalan ketat di setiap persimpangan jalan.

Bagi sesiapa yang memasuki atau meninggalkan Lins Favela, mereka perlu menjalani beberapa pemeriksaan keselamatan menyebabkan golongan lelaki perlu membuka baju mereka.

“Mereka mengambil langkah keselamatan itu demi penduduk. Terdapat banyak kes rompakan dan serangan bersenjata api. Kehadiran lebih ramai anggota tentera menyebabkan kami berasa selamat,” kata seorang penduduk, Luiza.

Sebaliknya, segelintir penduduk lain menyifatkan mereka seolah-olah hidup di bawah pemerintahan tentera.-8/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 576  tetamu dalam talian