17Oktober2017

Militan masih kuasai 20 peratus bandar Marawi

Anggota Daish hanya menguasai 20 peratus Marawi, kata tentera semalam sekali gus menafikan dakwaan kumpulan militan yang mendakwa masih menawan satu pertiga bandar itu selepas tiga minggu pertempuran.

Minggu lalu, seorang jurucakap tentera berkata, militan Daish dan pemberontak Maute yang cuba menawan Marawi pada 23 Mei lalu mula tewas dan hanya menguasai 10 peratus bandar itu.

Agensi berita Daish, Amaq pula mendakwa, tentera Filipina gagal secara keseluruhan untuk menawan semula Marawi dengan sekurang-kurangnya 200 askar mati dan ramai meninggalkan kedudukan mereka.

“Militan Daish berselerakan di lebih satu pertiga Marawi dan terus memberi tekanan kepada askar Filipina serta mampu mengawal situasi,” katanya.

Bagaimanapun, jurucakap tentera, Restituto Padilla menganggap laporan Amaq itu sebagai propaganda.

“Patutkah kita percaya kata-kata mereka yang mendakwa masih menguasai sepertiga Marawi?

“Dengan 202 pengganas disahkan terbunuh mengapa kita masih beri peluang untuk mereka menyiarkan pembohongan?” jelasnya.

Sementara itu, ketua komander tentera di Mindanao Barat, Carlito Galvez, memberitahu hanya 20 peratus bandar tepi tasik itu masih dikuasai Daish dan ia semakin kecil setiap hari.-14/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 413  tetamu dalam talian