20September2018

Pagar berduri halang pelarian Rohingya pulang

Myanmar memperkukuh kawalan sempadannya dengan memasang pagar, menempatkan tentera dan memasang periuk api bagi menghalang pelarian Rohingya pulang ke negara itu.

Pagar kawat berduri itu yang ditanam dalam konkrit diselang seli dengan kubu dan pos tentera, kini sepanjang lebih 250 kilometer sepanjang sempadan dengan Bangladesh.

Seorang profesor di Kolej Perang Kebangsaan di Washington, Zachary Abuza, berkata: “Mereka berasa sudah berjaya menghalau sejumlah besar Rohingya dan kini mahu menjadikan kepulangan etnik berkenaan amat sukar.”

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Myanmar pimpinan Aung San Suu Kyi, menyatakan pelarian Rohingya dibenar pulang jika dapat membuktikan mereka berasal dari negara itu.

Namun, ia menolak ratusan daripada 8,000 pemohon.

Di perkampungan Rohingya di Rakhine yang sebahagian besarnya sudah musnah, kerajaan Myanmar menyatakan ia sedang membina penempatan baru untuk Rohingya, namun agensi kemanusiaan menyatakan ia adalah kemudahan tentera.

Februari lalu, Parlimen Myanmar meluluskan AS$15 juta (RM59 juta) bagi membina pagar di sempadan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya dua Rohingya kehilangan kaki akibat terkena periuk api.-21/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 435  tetamu dalam talian