17Disember2017

Perang di Marawi belum berakhir

Letupan bom menggegarkan Marawi di selatan Filipina ketika bendera negara dinaikkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan, selepas hampir tiga minggu beratus-ratus kumpulan pengganas menakluki bandar tersebut.

Pekerja keselamatan, tentera dan bomba menyanyikan lagu kebangsaan dan mendengar ucapan dengan tiga pesawat serangan OV-10 melintasi ruang udara, menunggu giliran untuk menggugurkan bom di kawasan yang masih dikuasai pengganas.

“Kepada saudara Islam kita di sana, kami meminta mereka menghentikan pertempuran sia-sia ini kerana kita semua adalah bersaudara,” ujar Timbalan Gabenor, Mamintal Adiong Jr.

Acara menaikkan bendera adalah perkara normal yang dilakukan dua kali seminggu tetapi ia adalah pertama kali di bandar majoriti Islam itu sejak 23 Mei lalu apabila kumpulan militan membunuh dan menculik penganut Kristian dan membakar gereja.

Hampir semua penduduk sebanyak 200,000 orang melarikan diri tetapi terdapat kira-kira 500 hingga 1,000 orang awam masih terperangkap atau dijadikan tebusan.

Sehingga Sabtu lepas, jumlah pasukan tentera yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi sebanyak 58 orang. Seramai 20 orang awam terbunuh dan 100 lagi dibunuh

Seramai 13 anggota marin Filipina maut dalam pertempuran di Marawi, kata seorang jurucakap tentera.

Perkembangan itu dilihat menggugat usaha Manila untuk menawan semula bandar itu daripada pemberontak Maute yang bersekutu dengan militan Daesh.

Kesemua 13 askar marin berkenaan terbunuh dalam pertempuran sengit kelmarin semasa mereka melakukan operasi membersihkan kedudukan musuh, kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Jo-Ar Herrera pada satu sidang akhbar.

Kematian mereka menjadikan angka korban pasukan keselamatan di Marawi, selatan Filipina meningkat kepada 58 orang di samping 20 penduduk awam dan lebih 100 pejuang pemberontak.

Pemberontak Maute terus menentang kemaraan tentera Filipina yang mempunyai senjata lebih kuat dan anggota lebih ramai daripada mereka.

Tentera Filipina menyatakan bahawa matlamat operasi di Marawi adalah untuk menamatkan kepungan ke atas bandar itu oleh pemberontak Islam Maute menjelang esok.

Dalam pada itu, unit komando Amerika Syarikat (AS) membantu tentera Filipina untuk menamatkan kepungan ke atas bandar tersebut, kata seorang jurucakap Kedutaan AS di Manila semalam

Sehingga kini, tiada pengesahan bahawa tentera AS membantu dalam perang di Marawi yang memasuki minggu ketiga.

Penglibatan tentera kuasa besar itu berlaku selepas hubungan dingin beberapa bulan antara AS dan Filipina akibat sikap bermusuhan Presiden Rodrigo Duterte terhadap Washington dan janjinya untuk mengusir askar AS yang sudah lama memberikan bantuan dan latihan.

“Atas permintaan kerajaan Filipina, unit khas AS kini membantu angkatan bersenjata Filipina dalam perang mereka terhadap kumpulan Maute di Marawi,” kata jurucakap tersebut.-13/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 733  tetamu dalam talian