18November2017

Pencarian MH370 disambung semula....?

Pencarian pesawat malang MH370 dijangka akan disambung semula selepas sebuah syarikat dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity berminat dengan kerja-kerjan pencarian tersebut.

Malaysia dijangka mengumumkan penyambungan semula pencarian pesawat milik Malaysia Airlines seawal minggu ini.

Laporan The West Australian menyatakan tawaran daripada syarikat Amerika Syarikat, Ocean Infinity dipercayai menjadi pilihan kerajaan Malaysia setelah pencarian selama dua tahun menemui kegagalan.

Pencarian pesawat tersebut yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang itu digantung pada Januari lalu.

Kenderaan dasar laut, dikenali Hugin, milik Ocean Infinity mampu beroperasi pada kedalaman 6,000 meter.

Pada bulan lalu, syarikat tersebut bersedia mengambil risiko kewangan dengan menyambung semula pencarian pesawat MH370.

“Terma tawaran adalah sulit tetapi saya boleh mengesahkan Ocean Infinity telah bersedia untuk mengambil risiko ekonomi dengan menyambung semula pencarian.

“Kami sedang berbincang dengan pihak berkuasa dan berharap tawaran itu akan diterima,”  kata jurucakap syarikat itu, Mark Antelme seperti dipetik The Australian.-17/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 951  tetamu dalam talian