19Ogos2017

Tak adil tuduh Malaysia sorok maklumat kehilangan MH370

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tidak adil jika tuduhan diberikan kepada kerajaan Malaysia atau Australia sengaja menyorokkan mahlumat mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut Tiong Lai,semua waris penumpang pesawat malang itu diberi akses kepada butiran siasatan terkini melalui laman web yang dikemaskini setiap minggu.

“Semua orang boleh baca apabila laporan siasatan penuh diterbitkan nanti. Tak adil tuduh kerajaan Malaysia sorok maklumat. Kita tak boleh beri butiran ini kepada semua orang.

“Tak adil tuduh kerajaan Malaysia dan Australia sorok maklumat.Kami sangat berterima kasih kepada Australia dan China, yang membantu kita selama ini,” kata bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh seorang waris kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) cuba menyembunyikan sesuatu mengenai kehilangan MH370.

Maklumat tersebut dipohon oleh ahli keluarga penumpang warga China dalam penerbangan malang itu.

Ketua Pesuruhjaya ATSB Greg Hood berkata permohonan mereka ditolak mengikut undang-undang yang melarang pendedahan maklumat yang boleh “menjejaskan hubungan antarabangsa dalam kalangan negara Komanwel”, lapor akhbar The Australian.

Akhbar juga melaporkan beberapa pegawai ATSB meragui pendirian rasmi agensi itu iaitu juruterbang MH370 tidak sedar diri atau meninggal dunia pada penghujung penerbangan itu.

Mereka bimbang beberapa dokumen dibocorkan.
ATSB memberi amaran kakitangan yang membocorkan maklumat mengenai siasatan berdepan hukuman penjara minimum 2 tahun.

Tambah Tiong Lai, orang ramai boleh melihat laporan terkahir daripada data siasatan tersusun yang dijangka bakal diterbitkan penghujung tahun ini.  Data  data siasatan dihantar ke pasukan siasatan Annex 13 ke Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Pesawat MH370 penerbangan Kuala Lumpur - Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai hilang apabila terputus hubungan dengan kakitangan pusat kawalan udara.

Radar mendedahkan pesawat malang itu tiba-tiba menukar arah dari laluan utra menuju ke barat dan data pengesan satelist mengesahkan pesawat hilang di Lautan Hindi, barat daya Australia.

Australia, China dan Malaysia, yang mengurus  dan membiayai operasi pencarian yang diketuai ATSB, mengumumkan pada pencarian MH370 ditangguhkan pada awal tahun ini dan akan memulakan kembali operasi mencari jika menemui bukti yang baru.-18/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 637  tetamu dalam talian