21Ogos2017

Taman Vijfhuizen jadi memorial hidup kenang mangsa MH17

Tiga tahun selepas Penerbangan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di negara bergolak Ukraine, lebih 2,000 waris mangsa semalam menghadiri ‘majlis memorial hidup’ bagi memperingati kematian orang tersayang.

Sejumlah 298 batang pokok di tanam dan disusun membentuk ‘reben hijau’, satu untuk setiap mangsa yang terbunuh semasa menaiki penerbangan milik Malaysia Airlines itu dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Raja Belanda, Willem-Alexander dan isteri, Permaisuri Maxima menyertai pegawai kerajaan dan antarabangsa pada majlis memorial itu bertempat di taman Vijfhuizen, dekat lapangan terbang Schipol di Amsterdam, lokasi MH17 berlepas pada 17 Julai, 2014.

Nama kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang terbunuh dalam tragedi itu dibaca oleh keluarga masing-masing, manakala 17 kanak-kanak tempatan menaburkan bunga.

Walaupun kebanyakan korban MH17 merupakan warga Belanda, pesawat jenis Boeing 777 itu turut membawa rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

“Pokok merupakan simbol harapan dan masa depan.

“Kami bukan sahaja mahu memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa MH17 tetapi juga mahu mewujudkan sebuah tempat di mana ingatan kepada 298 penumpang ini akan terus subur,” kata persatuan waris mangsa dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, belum ada suspek ditangkap di sebalik pengumuman pada bulan ini bahawa perbicaraan MH17 akan diadakan di Belanda.

Kira-kira 100 orang dikehendaki berhubung tragedi MH17. Siasatan diketuai Belanda merumuskan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK yang diangkut dari Rusia ke kawasan pemberontak pro-Moscow di timur Ukraine.-18/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 588  tetamu dalam talian