17Ogos2018

Akaun Najib tidak lagi dibekukan - SPRM

Akaun bank peribadi milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dibekukan, demikian menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Sumber SPRM berkata akaun berkenaan tidak lagi mempunyai kaitan dengan politik mahupun perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.
 
"Sejak semalam lagi akaun Najib tidak dibekukan lagi kerana tiada kaitan dengan perkara yang sedang disiasat ketika ini," kata sumber itu kepada Bernama.
 
Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut melibatkan beberapa akaun lain, sumber SPRM berkata kemungkinan pembekuan beberapa lagi akaun lain juga akan ditarik kembali.
 
Pada 2 Julai lepas, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membekukan 408 akaun bank milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan dana RM1.1 bilion pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.
 
Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu dan 55 syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.- 17/72018
 
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 443  tetamu dalam talian