20Oktober2017

PM sambut baik sikap tak semberono PAS mengenai 1MDB…

Geng Pakatan Harapan tentu lagi ‘angin satu badan’ dengar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji sikap pimpinan PAS yang sedia mendengar penjelasan mengenai isu 1MDB sebelum membuat kesimpulan mengenainya.

Jangan hairan kalau dengar lagi bergemuruh mereka halakan senapang dan lempar pelbagai sindiran kononya PAS sudah kawtin habis dengan UMNO atau parti itu sudah kena beli.

Sikap kebudak-budakan ini boleh dijangka melihat bagaimana pimpinan Pakatan Harapan melompat mengamuk bila Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  kata mereka puashati dengan pelan rasionalisasi 1MDB.

Beliau membuat kenyataan itu dalam sidang akhbar selepas mengetuai pimpinan PAS adakan pertemuan dengan CEO 1MDB Arul Kanda di sebuah hotel di Ampang Isnin lalu.

Bercakap mengenai hal itu dalam sidang akhbar merasmikan Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang ,Sabtu,Najib menilai PAS kini mengamalkan politik matang dan konstruktif tidak lagi membuat serangan semberono terhadap sesuatu isu.

Menurutnya PAS mengamalkan prinsip 'tabbayun' iaitu parti itu membuat siasatan terlebih dahulu dan barulah ia membuat kesimpulan atau keputusan terhadap sesuatu isu.

"Dalam hal isu 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dia (PAS) panggil (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) Arul Kanda (Kandasamy) dan selepas penjelasan oleh Arul Kanda, baru dia buat pendirian dia.

"Pendirian dia ialah memahami bahawa kita perlu beri peluang kepada 1MDB untuk melaksanakan pelan rasionalisasinya dan apabila berjaya nanti bererti masalah 1MDB boleh selesai," katanya.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, hasil daripada kematangan dalam berpolitik itu menjadikan PAS parti pembangkang yang konstruktif.

"Kita bersaing (berlawan) tetapi dalam hal-hal tertentu yang boleh memberi manfaat dan kebajikan, kita boleh bekerjasama," katanya.

Ditanya adakah kerjasama itu akan melangkah lebih jauh iaitu kerjasama politik, Najib berkata: "Itu tak tahu lagi, kita tengok keadaan."

Selain dari Tuan Ibrahim,bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut serta dalam pertemuan dengan Arul Kanda juga memberi komentar yang positif mengenai 1MDB.

Turut hadir pada majlis itu di Machang itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Machang.- 12/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 536  tetamu dalam talian