19Ogos2017

Segalanya tentang sukan berbasikal kini dalam satu buku...

BEDAH BUKU Berbasikal sebagai satu bentuk senaman dan sukan semakin mendapat tempat di negara kita.

Ia disertai berbagai peringkat umur, dari yang sekolah sehingga yang pencen.

Amalan gaya hidup sihat kini menjadi trend dalam kalangan kebanyakan masyarakat bagi mengimbangi jadual yang padat dengan aktiviti harian.

Di kawasan-kawasan perumahan baru kini wujud kumpulan berbasikal yang berkayuh selepas waktu kerja ataupun hari minggu.

Antara sukan yang semakin diminati dan berkembang bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa malah kanak-kanak dan remaja iaitu basikal lebuh raya (road bike).

Walaupun aktiviti ini dilihat seperti sukan yang ‘dipertandingkan’ pada temasya sukan besar, tetapi ia sebenarnya antara sukan yang sesuai dan mudah dikendalikan oleh semua golongan.

Bertitik tolak dari situlah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menerbitkan buku Kayuhan Asas Pelumba Basikal Jalan Raya.

Buku ini- mungkin satu-satunya panduan paling lengkap berbahasa Melayu, ditulis oleh tiga individu berpengalaman dalam sukan ini iaitu Sakri Abdullah, Puspita Mustika Adya dan Jamaludin Mahmood.

Puspita adalah warga Indonesia dan merupakan jurulatih Olimpik lumba basikal untuk republik itu, manakala Jamaluddin penasihat Asia Tour yang bertanggungjawab memberi nasihat mengenai pembangunan sukan berbasikal dan penubuhan pasukan Continental.

Sakri pula bekas atlet, jurulatih dan pengarah perlumbaan Kejohanan Jelajah Malaysia.

Mudah cerita mereka bertiga individu yang cukup berpengalaman dalam sukan ini dan kini menurunkan pengalaman mereka dalam bentuk buku yang mudah difahami.

Sukan basikal merupakan gabungan antara manusia dan teknologi, oleh itu setiap individu yang ingin menceburi sukan ini perlu mempersiapkan diri, kelengkapan, pengetahuan, latihan dan perancangan.

Buku tujuh bab ini memberikan pendedahan asas kepada mereka yang berminat samada sebagai pelumba atau untuk tujuan rekreasi mahupun sebagai hobi.

Dalam bab pertama ia menerangkan soal kelengkapan basikan mulai dari kerangka (frame), peralatan utama (group sets) dan peralatan tambahan.

Bahagian kedua tertumpu kepada persiapan diri seorang yang hendak menyertai sukan berbasikal termasuk topi keledar, seluar, sarung tangan, jenis-jenis kasut dan lesen pelumba.

Bab ketiga berkaitan tips dan persiapan awal sebelum kayuhan seperti ketinggian pelana, kedudukan pelana, ukuran stem (panjang dan pendek), ketinggian stem dan pemilihan saiz hendal.

Turut dimuatkan pada bahagian keempat adalah persiapan fizikal iaitu empuanya diri yang hendak mengayuh.

Dari bahagian atas badan, bahagian bawah badan, tips sebelum dan selepas latihan.

Untuk rekod, sukan berbasikal antara sukan yang tidak memberikan risiko besar kepada pemainnya dan ia amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah obesiti.

Ini kerana bagi mereka yang mempunyai badan besar, kemungkinan mendapat kecederaan ketika berlari atau aktiviti lasak lain adalah tinggi, maka dengan berbasikal atau berenang risiko kecederaan seperti itu boleh dielakkan.

Bab kelima berkaitan persediaan latihan, teknik latihan dan contoh jadual latihan yang spesifik.

Bab keenam lebih menumpukan kepada teknik kayuhan, manakala yang akhir berkaitan maklumat tambahan seperti jenis-jenis dan lain-lain.

Aktiviti berbasikal terutamanya lebuhraya adalah satu aktiviti menarik. Melalui pemerhatian dalam  kalangan peminat basikal lebuh raya, mereka boleh mengayuh sejauh lebih 150 kilometer setiap sesi.

Ada juga di antara mereka yang mengayuh lebih 300 kilometer dengan kelajuan hampir 60 kilometer sejam membuatkan aktiviti  ini adalah antara sukan yang berpotensi besar untuk membolehkan para pemainnya mendapatkan stamina dan bentuk badan yang diidamkan.

Buku ini dijual di kedai-kedai buku utama Malaysia atau beli melalui pesanan atas talian (online) di www.itbm.com.my pada harga RM45.00 senaskah.

Selamat membaca.-5/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 584  tetamu dalam talian