22April2018

Cambridge Analytica tidak pernah diupah oleh BN atau kerajaan

Firma perunding politik, Cambridge Analytica tidak pernah diupah oleh Barisan Nasional (BN) atau kerajaan Malaysia, kata Pejabat Perdana Menteri.

"Cambridge Analytica ataupun syarikat induknya SCL Group tidak pernah - pada masa kini atau masa lalu - telah mengikat kontrak atau dibayar dengan apa cara oleh Barisan Nasional, Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana pihak bagi kerajaan Malaysia," kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Selasa.

Bagaimanapun, wakil negara SCL Group hari ini mengesahkan kepada kerajaan bahawa nasihat Cambridge Analytica mengenai pilihan raya umum 2013 telah diberikan secara peribadi kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang sekarang timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Wakil SCL juga mengesahkan bahawa beliau melaporkan terus kepada Mukhriz Mahathir, bukan BN atau kerajaan," kata kenyataan itu.

Menerusi laman webnya, Cambridge Analytica menampilkan dirinya sebagai peneraju global dalam kempen dipacu data dengan pengalaman lebih 25 tahun.- 20/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 622  tetamu dalam talian