19Disember2017

Perak berjaya tambah hasil tanpa naik cukai

Perak berjaya melaksanakan dasar-dasar yang baik berdasarkan dari kaedah yang terbaik menerusi pendekatan secara berpasukan dalam menambahkan hasil negeri tanpa menaikkan cukai-cukai.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia merupakan satu pendekatan yang kreatif dan juga usaha baik para kakitangan dalam Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak termasuk dengan meningkatkan hasil tunggakan yang sebelum ini sukar untuk diperoleh.

"Tetapi hari ini berkat dari usaha yang dilaksanakan kita telah berjaya meningkatkan hasil-hasil yang tertunggak itu.

"Maksudnya yang tak dapat pungut itu kita telah berjaya, macam tahun sudah kita berjaya mencapai sebanyak 30 peratus jadi dengan sendirinya dapat mengurangkan kepada hampir 30 peratus daripada hasil tunggakan... Tunggakan masih ada tetapi itu dianggap antara yang terbaik dalam negara, "katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Perak dan Anggota-Anggota Pentadbiran Tanah Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru,Ipoh pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengarah PTG Perak, Rumaizi Baharin@ Md. Daud.

Dalam pada itu Menteri Besar menjelaskan pengurusan cekap itu menjadi contoh kepada negeri lain sehingga ada di antara negeri yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dari negeri Perak.

Sementara itu, Rumaizi ketika ditemui berkata tahun 2016 merupakan sejarah kepada kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah berjaya mengutip hasil berjumlah RM 626.1juta.

Jumlah itu bersamaan 106.2 peratus daripada sasaran iaitu RM 589.3juta,seterusnya menjadi kutipan hasil tanah tertinggi dalam sejarah Perak.-11/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 584  tetamu dalam talian