18November2017

Tindakan tegas terhadap pelajar main 'mati 5 saat'

Permainan tekan dadah atau “pass out challenge” atau "mati 5 saat" diharamkan dimainkan pelajar di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa serta merta agar tidak berlarutan.

“Pada saya, ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan.

“Bagaimana jika pemain yang bermain benar-benar mati. Sebab itu kita perlu tegas dan ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo Kelima di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam hari ini.

Beliau mengulas mengenai video tular yang menunjukkan pelajar asrama bermain “pass out challenge”, bergilir-gilir menekan dada rakan mereka.

Mahdzir berkata kementerian akan mengeluarkan arahan kepada guru hal ehwal murid dan warden asrama supaya tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermain permainan tersebut.

Sementara itu beliau berkata kementerian sedia menimbang saranan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (Perkama) supaya guru kaunseling atau kaunselor turut diwujudkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 350 orang.

Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 11,000 jurukaunseling sepenuh masa yang berkhidmat di sekolah di seluruh negara dengan nisbah seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar.

“Setakat ini peranan mereka berkesan dalam membantu sekolah berdepan isu murid bermasalah dan untuk itu kita sedia mengambil maklum saranan yang dibuat Perkama,” katanya dan menambah ketika ini kaunselor hanya ditempatkan di sekolah dengan bilangan murid melebihi 350 orang.

Berhubung peranan kementerian ke atas pelajar dikenakan tindakan buang sekolah, Mahdzir berkata secara prosedur operasi standard, pelajar tersebut bukan lagi di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

“Sebelum pelajar dibuang sekolah, pelajar tersebut telah diberikan pelbagai peluang untuk berubah, melalui sesi kaunseling dan jika pelajar masih ditahap sama, buang sekolah pilihan terakhir yang diambil,” katanya.-17/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 948  tetamu dalam talian