21April2018

Calon digugurkan diberitahu awal... supaya tak terkejut

Barisan Nasional (BN) Perak kini dalam proses memaklum calon baru, kekal dan digugurkan sebagai persediaan awal dan bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi BN Perak berkata,  calon-calon yang terpilih untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan dimaklumkan lebih awal bagi membolehkan  mereka membuat persediaan rapi daripada segi mental dan emosi.

Menurut beliau, BN Perak juga telah menghubungi sebahagian daripada calon baru dan muka-muka yang bakal digugurkan.

``Sebahagian daripada calon-calon tersebut telah tahu, bukan semuanya kerana kita ingin mereka membuat persiapan awal, supaya mereka tidak terkejut sekiranya nama mereka digugurkan, dan paling penting adalah makluman itu dilakukan supaya mereka bersedia secara mental dan emosi,”katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Akademi Memandu T- City (Ipoh), Gopeng di Bandar T-City, Gopeng Industrial Park, pada Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengenai pengumuman awal calon-calon BN baru-baru ini .

Dr Zambry seterusnya berkata BN Perak juga akan melihat dari segi potensi dan kualiti seseorang calon di dalam PRU kali ini dan bukannya berdasarkan kuota sama ada calon baru atau lama bagi menentukan pemilihan tersebut.

Menurut beliau, kesemua calon telah dikenalpasti dan bakal diumumkan pada masa yang sesuai.

``Seperti yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ianya bukanlah merupakan satu-satunya pendekatan, kita perlu melihat persiapan secara keseluruhannya, mungkin ada calon yang sedia maklum.

“Kita akan umum pada masanya dan bukan disebabkan kita ada masalah, bukan, ini adalah bertujuan untuk kita mempersiapkan calon-calon itu, sebelum nama mereka diumumkan sebagai calon, itu adalah penting, persiapan awal,”kataDr Zambry yang juga Adun Pangkor.-21/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1275  tetamu dalam talian