22Oktober2018

Peremajaan parti dalam UMNO tidak berlaku...

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria berkata proses peremajaan parti yang sering diperkatakan berbagai pihak tidak berlaku.

“UMNO sering mengatakan untuk ‘meremajakan’ parti di semua peringkat, hakikatnya perkara ini tidak berlaku, malah suara sayap parti sering dipinggirkan,” katanya.

Beliau gesaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta agar semua jawatan tertinggi dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, Zainuri menyifatkan semua pihak perlu menerima cadangan itu dengan hati terbuka.

Malah, Zainuri turut mencadangkan supaya jawatan presiden, naib presiden dan setiausaha agung UMNO dipertandingkan dan dipilih oleh ahli parti.

“Bukan hanya jawatan ahli majlis tertinggi sahaja perlu ada pertandingan, tetapi juga membabitkan jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung UMNO.

“Biar ada pertandingan dan biar ahli memilih siapa yang mereka fikirkan layak untuk menerajui parti,” katanya.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam tampil memberi cadangan agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing diserah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy serta ketiga-tiga jawatan tidak dipertandingkan.

Bagaimanapun, cadangan tersebut ditolak Khairy dengan menyifatkannya sebagai mengarut kerana dilihat memberi mesej yang salah kepada masyarakat mengenai hala tuju UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Ujarnya, tindakan sebegitu tidak boleh dilakukan sekiranya UMNO mahu kekal relevan dan kembali menambat hati rakyat selepas ini.-21/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 411  tetamu dalam talian