23Oktober2018

Protes Pemantau berakhir aman... peserta ikut peraturan

Demonstrasi kumpulan NGO Pemantau Malaysia Baru dari Bukit Aman ke Parlimen pagi Selasa berkahir aman kerana para peserta mengikut peraturan dan arahan yang diberikan.

Lebih 200 peserta menyertai perarakan aman yang diketuai oleh Presiden Pemantau Kerajaan Baru Datuk Lokman Noor Adam.

Mereka yang berpakaian serba hitam berkumpul seawal jam 7 pagi.

Mereka bagaimanapun tidak berarak sehingga ke Jalan Parlimen kerana sekatan polis.

Lokman dalam ucapannya mendakwa polis mengadakan sekatan atas arahan Dr Mahathir.

“Kita dah cuba nak berhimpun, tapi dihalang polis yang mana saya tahu mereka hanya jalankan tugas. Polis hanya dengar arahan daripada Mahathir.

“Nampak sangat Tun Mahathir takut. Mereka sebenarnya (kerajaan) nak kita gempur, kali ini kita akur,” katanya.

Turut kelihatan Timbalan Ketua UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz dan artis Ellie Suriaty.

Lokman kemudiannya mengarahkan peserta bersurai secara aman tanpa melakukan sebarang provokasi kira-kira 10 pagi.

“Jangan bertempur dengan polis. Kita hari ini hanya nak pertahankan apa yang ada dalam Perlembagaan. Jangan kita dilabel sebagai rasis dan ganas,” katanya.

Kumpulan itu memberi sokongan padanya kepada Yang di-Pertuan Agong, yang dikatakan dapat mempertahankan hak-hak Islam dan Melayu.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini akan merasmikan serentak Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 Dewan Rakyat dan Dewan Negara selepas pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu.

Persidangan itu bermula semalam apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perlantikkan  bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dr Mahathir turut mengetui istiadat mengangkat sumpah ahli parlimen dan kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah kecuali 2  termasuk Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 16 Ogos.

-17/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 427  tetamu dalam talian