20Oktober2017

PRU14: Pembangkang guna taktik 3P tarik undi rakyat

Rakyat perlu berhati-hati dengan taktik terbaru pembangkang yang menggunapakai amalan politik 3P iaitu politik benci, politik bohong dan politik balun bagi menarik undi rakyat terutama menjelang PRU ke14.

Menteri Besar Perak mengingatkan bahawa walau tektik sedemikian semakin lumrah digunakan oleh puak-puak ini, beliau dan para pemimpin kerajaan di Perak tidak akan mengikut rentak tarian pembangkang.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak bermain politik ala pembangkang terutama DAP yang mengamalkan politik 3P iaitu politik benci, politik bohong dan politik balun (3P).

Katanya BN sentiasa memberi fokus untuk terus bekerja  demi untuk masa depan rakyat  dan rakyat pula dapat menilai rekod cemerlang BN berbanding pembangkang.

Beliau yang juga  Pengerusi BN Perak berkata, sudah menjadi kebiasaan apabila pilihan raya semakin dekat pihak pembangkang akan bermain pelbagai isu untuk meraih sokongan rakyat.

 ``Biasalah dalam suasana pilihan raya semakin dekat jadi dia (pembangkang) main macam-macam lah tapi walaubagaimanapun ia tidak memberi kesan untuk menggugat dari segi kerja-kerja kita... kita akan terus kerja kita macam biasa.

 ``Saya tidak mahu bemain digaleri mereka... itu sangat penting kerana biasanya mereka suka mengajak saya bermain di galeri mereka,  itu taktik pembangkang supaya saya  boleh menjawab mereka.

 ``Ada isu yang mereka boleh main walaupun mereka tahu dah tak ada isu mereka nak mainkan  jadi apabila saya menjawab demi menjawab itu akan membolehkan mereka untuk terus saling jawab menjawab dan menghidupkan mereka . . . jadi itu yang dia nak aje.

 ``Tapi saya  tidak bermain dengan galeri mereka. . . kita bekerja terus di negeri Perak saudara sendiri pun tahu bahawa saya tidak keterlaluan bermain  dengan politik politik ala mereka iaitu politik benci  politik bohong dan  politik balun.

 ``Jadi kita buat kerja . . . biar rakyat  tengok kerana rakyat meluat tengok perangai perangai yang tidak habis-habis maki hamun kemudian tu dia balun cakap bohongnya bencinya .

``Rakyatpun kata tak ada ke ruang yang ada rasa mesra sikit… macam saya cuba wujud dalam siding DUN. . . you all pun boleh tengok saya wujudkan suasasa mesra tu senyum-senyum sikit jangan lawan-lawan . . . sampai minum pun boleh saya minum dengan mereka duduk waktu minum. . . waktu makan dalam kita punya bilik makan mereka pun boleh duduk dengan saya kerana saya nak wujudkan suasana mesra kerana rakyat dah muak, meluat dengan perangai yang sentiasa menanam kebencian.

``Tak kanlah tak ada dalam kehidupun kita ni langsung tak ada sikit hati untuk rasa hormat menghormati kasih sayang . . . ini hari- hari benci sahaja . . .hari hari bohong sahaja jadi  rakyat pun boleh tengok . . . tu saya tegur cara itu,’’ kata Dr Zambry kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Pada sidang media yang sama Dr Zambry berkata, kerajaan negeri meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempertimbangkan cadangan perwartaan Pulau Jarak sebagai Taman Laut bagi menggantikan cadangan awal yang dikenalpasti di Pulau Sembilan.

Katanya pemilihan Pulau Sembilan untuk dijadikan sebagai Taman Laut adalah tidak sesuai apabila kawasan itu merupakan lokasi perikanan bagi negeri ini.

``Saya telah mengadakan pertemuan dengan menterinya dan Kerajaan negeri telah sampaikan pandangan kepada kementerian bahawa Perak tidak mempunyai bilangan pulau yang banyak dan sebelum ini Pulau Sembilan dipilih untuk dijadikan Taman Laut.

 ``Sebelum ini kita beri maklum balas memandangkan keadaan di situ jadi pengeluaran ikan penting untuk Perak sekiranya cadangan itu diambil ia akan beri impak besar kepada nelayan-nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan seperti nelayan kecil Hutan Melintang Bagan Datuk,Kayan, Lekir, Pulau Pangkor dan Pantai Remis kerana itu merupakan kawasan perikanan utama,” katanya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru dilaporkan meminta agar empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka supaya mewartakan taman laut masing-masing.

Menteri Besar menjelaskan bahawa  pemilihan Pulau Jarak dibuat kerana ia terletak kira-kira 15 kilometer dengan sempadan Indonesia bagaimanapun ia tertakluk kepada penilaian agensi terbabit sama ada itu sesuai untuk dijadikan taman laut.

“Taman laut akan menyebabkan kawasan pulau itu dikhususkan menjadi hidupan laut berkembang dan tak benarkan mana-mana kegiatan perikanan di sekitar tiga kilometer dan bermakna dalam sekitar pulau itu tidak dibenarkan diadakan kegiatan.

 “Apa pun saya telah cadangkan kawasan Pulau Sembilan tidak dijadikan, sebagai contoh kawasan Pulau Jarak kini menempatkan kawasan keselamatan memantau Selat Melaka,” kata Dr Zambry.

Menurut beliau, Pulau Sembilan juga telah diisytiharkan sebagai taman negeri bermakna taman negeri merupakan taman untuk pulau-pulau sahaja bukan kawasan perairannya.

“Kita sudah wartakan seluruh sembilan pulau dan terumbunya dan dijaga rapi malah kerajaan bertegas tak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengugat keadaan sekitar kesemua pulau itu,” katanya.

Menteri Besar turut memberitahu bahawa kerja membaik pulih semula kerosakan di salah sebuah pulau di kawasan Pulau Sembilan itu giat dijalankan selain sedang membuat penilaian kerugian yang dialami kerajaan negeri akibat tindakan pencerobohan yang berlaku menerusi tindakan perundangan.-10/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 555  tetamu dalam talian